(Agenda daily)Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuaratnya jam 3.oo petang Selasa. Mesyuarat kali ini sudah tentu menarik kerana ia diadakan di tengah-tengah beberapa isu yang timbul di kalangan parti-parti komponen berkenaan.
Isu ketuanan Melayu, ugutan untuk meninggalkan BN dan persiapan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu adalah antara perkara-perkara yang perlu mendapat perhatian Dewan Tertinggi BN.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan sebagai berkata, mesyuarat berkenaan akan membincangkan persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil Kuala Terengganu.
Namun tidak kurang penting untuk dilihat ialah, apakah BN akan turut membincangkan isu-isu sensitif yang kini hangat diperkatakan dan membabitkan para pemimpin parti komponen gabungan itu sendiri.
Isu Ketuanan Melayu yang disentuh oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah mengundang reaksi yang agak keras dariapda kalangan pemipin UMNO termasuk dibahaskan secara terbuka di Dewan Rakyat oleh beberapa Ahli Parlimen BN sendiri seperti Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamad Haji Aziz, Ahli Parlimen Arau, Datuk Ismail Kassim dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Rahman.
Walaupun Chua menyalahkan ucapannya telah disalahtafsir tetapi isu berkenaan menjadi perdebatan hangat di media.
Malah, sudah timbul satua andaian betapa hak orang Melayu dan kedudukan Bumiputera semakin dipersoalkan.
Selain itu, mesyuarat Dewan Tertinggi BN juga menarik untuk diikuti kerana ada tuntutan kalangan pemimpin UMNO agar BN mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lai Hoe ekoran kenyataannya yang dikatakan menyifatkan orang Melayu juga pendatang.
Suara juga diluahkan agar Soi Lek turut dikenakan tindakan kerana UMNO setelah mendapat desakan parti-parti komponen telah mengambil tindakan tegas kepada Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.
Dengan itu, para pemimpin UMNO khususnya di kalangan Ketua UMNO Bahagian merasakan BN perlu berlaku adil dalam mengambil tindakan dan parti-parti komponen perlu ikhlas dalam membuat desakan.
Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon semasa isu Ahmad Ismail timbul telah mencadangkan BN mempunyai kod etika bagi membolehkan tindakan tegas kepada mana-mana ahli parti komponen yang membuat kenyataan sensitive khususnya dalam isu perkauman dikenakan tindakan tegas.
Namun apabila ia mebabitkan Ketua Wanita Gerakan sendiri, parti itu mengambil sikap mendiamkan diri sahaja dan memberikan alasan paling popular akhbar salah tafsir dan salah lapor.
Kenyataan Presiden PPP, Datuk M Kaveyas yang mengugut untuk keluar BN sekiranya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak dipinda menjelang pilihan raya umum akan datang juga sudah tentu menarik untuk ditunggu sama asa ia dibincangkan pada mesyuarat DewanTertinggi BN tersebut. – 9/12/2008
No comments:
Post a Comment