KENYATAAN MEDIA
PILIHANRAYA KECIL N. 25 DUN BUKIT SELAMBAU
GESA PENGUNDI KELUAR AWAL SERTA MENILITI KERTAS UNDI DAN ELAK TAKTIK KOTOR BN
Ahli Parlimen Kapar S . Manikavasagam mengesa pengundi -pengundi DUN Bukit Selambau untuk memilih calon Pakatan Rakyat Sdr S . Manikumar yang bebas daripada Korupsi bukan seperti calon Barisan Nasional yang telah gagal besar nombor -nombor calon di akan di cetak pada kertas undi serta aturan nama -nama calon tidak mengikut turutan untuk mengelirukan pengundi yang kurang arif. Maka , beliau menasihatkan agar pengundi-pengundi meniliti Kertas Undi serta logo Parti Keadilan Rakyat. melaksanakan tugasan sewaktu menjadi Adun Lunas.
Memandangkan ianya kawasan Bukit Selambau sering menerima Hujan setiap petang beliau mengesa supaya Pengundi Bukit Selambau keluar mengundi seawal mungkin.
Demi mempertahankan maruah Barisan Nasional yang gagal dalam dua pilihanraya lepas, saya difahamkam kemungkinan
Kemenangan Calon MIC di Bukit Selambau akan memperkukuhkan keangkuhan President MIC Samy Velu untuk terus bertapa serta kembali bermaharaja lela di kalangan masyarakat India yang telah sekian lama tertindas.
Kemenangan Sdr S. Manikumar akan memastikan beliau dapar melaksanakan tugas sebagai Exco Negeri Kedah sambil memastikan mereka yang tertindas selama ini di bela secara saksama. Barisan Nasional yang memerintah Negeri Kedah selama 50 tahun gagal memberi Cuti Thaipusam, tetapi kini mereka mencerca Pakatan Rakyat . Saya pasti Sdr S Manikumar akan membawa perkara ini untuk perhatian YAB Menteri Besar Kedah secepat mungkin selepas beliau mula bertugas sebagai Adun dan Exco Kedah.
Sekiranya perlu , saya sedia memberi bantuan kepada beliau dalam membawa isu-isu seperti peruntukkan untuk Sekolah-sekolah Tamil ke Parlimen supaya tugasan beliau untuk membela rakyat dengan lebih efektif. Saya pasti Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain juga sudi membantu beliau.
Taktik Kotor Barisan Nasional yang mengunakan Jentera-jentera Kerajaan Persekutuan seperti Tekun dengan memberi wang RM3000 bantuan perniagaan, Akhbar-akhbar kroni mereka serta pembebasan 13 orang tahanan ISA termasuk dua orang penasihat undang-undang hindraf tidak akan melenturkan semangat perjuangan kita yang tertindas selama ini.
Saya juga mengesa supaya pengundi-pengundi jangan terperangkap dalam jerat penyokong-penyokong Barisan Nasional yang cuba mengacau . Mereka di bayar untuk berlakuan demikian walaupun hati dan jiwa mereka menyokong Pakatan Rakyat.
S Manikavasagam
Ahli Parlimen Kapar
No comments:
Post a Comment