Parti Progresif Rakyat (PPP) nampak macam tidak ada tempat yang nak dituju.Dikala ada yang menduga ia akan berpegang kepada ‘gertak’ Presidennya Datuk M Kayveas nak keluar dari Barisan Nasional jika kerajaan tidak meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),sebaliknya Majlis Tertinggi parti itu Khamis membuat keputusan untuk kekal dalam BN.

Ia menggangap kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN Selasa lalu bukan bermaksud menghalau PPP keluar BN tetapi hanya sebagai satu respon kepada soalan wartawan.

Mesyuarat Majlis Tertinggi PPP berlangsung di sebuah hotel di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.Ia dipengerusikan oleh Pemangku Naib Presiden Kanan PPP ,Lee Heng kerana Kayveas kini sedang berada di Amerika.

Sebelum mesyuarat itu berlangsung Lembaga Disiplin PPP telah membuat keputusan memecat S.I.Rajah,bekas Presiden parti itu yang mendakwa beliau kini penasihat parti kerana Rabu membuat kenyataan meminta Kayveas letak jawatan berikutan tindakannya gertak mahu keluar daripada BN.

Rajah mendakwa Kayveas membuat kenyataan mengenai ISA tanpa mendapat persetujuan para ahli parti itu.

Lee Heng ketika dihubungi menerusi telefon memberitahu Majlis Tertinggi parti memutuskan untuk berdiri teguh di belakang Kayveas dan juga akan kekal bersama BN dan pada masa yang sama akan terus mendesak kerajaan untuk meminda ISA.