Betul ke? Acah saja kot…memang jarang berlaku dalam PAS ada yang melawan tauke semacam ni.

Sebab tu ada kawan-kawan yang kata depa agak tertarik tengok drama PAS negeri Pulau Pinang VS PAS Pusat dan PKR dalam bab pilihanraya kecil di Penanti.

Apa lagi yang terbaru Jumaat PAS Permatang Pauh nampak macam tegas tak peduli keputusan PAS Pusat disampaikan oleh Pengarah Pilihan Raya, Datuk Mustafa Ali yang kata semua kena akur dengan perjanjian persefahaman antara pakatan pembangkang.

Kalau baca kenyataan yang dibuat oleh Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan kata depa nak orang PAS bertanding juga di Penanti bunyinya macam nak perang sakan.

Ada seorang kawan kata kalau ini satu drama ia dah masuk kategori heavy drama .Katanya dia dengar geng-geng PKR di Pulau Pinang dah naik angin dengan tindak tanduk ‘ banyak cakap’ PAS Pulau Pinang.

Lagi buat depa geram orang-orang PAS di negeri tu dok kutuk sakan PKR.

Bukan apa sebelum timbul bab pilihanraya kecil Penanti tak dengar soksek pasai ni.

Terkejut juga baca Omar berani kata secara terbuka kata wakil rakyat PKR dulu tak berfungsi bela rakyat.

Katanya dia nak terus cuba pujuk PAS Pusat agar setuju dengan pendirian depa.

Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd. Hafiz Mohd Nordin lagi sakan.Dia bukan saja persoal prestasi bekas ADUN PKR Fairus Khairuddin tapi anggap cara kerusi itu dikosongkan tak munasabah.

Bab tak munasabah tu,bukan saja orang PAS kata tapi ramai lagi orang yang rasa macam tu.

Dah tu lagi yang buat orang PAS di sana tak berapa syok ...letak pula Dr Mansor Othman yang dah tiga kali kalah pilihanraya.Sana sini ‘ tak jalan’ hantar ke Penanti.

“Depa ingat Penanti ni tempat nak recycle orang.Apa pasai orang Penanti tak ada class ke?” kata seorang kawan memetik cakap seorang kawannya orang PAS di situ.

Tapi ikut cakap seorang kawan lain PKR peduli apa.Katanya depa memang seronok ada pilihanraya kecil untuk kasi panas saja situasai politik negara.

Dalam pada itu ada juga kawan-kawan yang kata bab orang PAS Pulau Pinang dok angin habis ni dah lama.PAS ada satu saja wakil rakyat iaitu di Penanti.

Ikut ceritanya dah le seorang saja kerajaan Lim Guan Eng buat don’t know saja pada PAS.

Dalam barisan Exco Kerajaan Negeri juga tak ada wakil PAS.

Ada juga kawan yang ragu-ragu bab drama ni dan rasa macam PAS dan PKR saja bikin skrip macam kata orang Utara nak layok bagi BN naik syurrrr masuk tanding sama.

Sapa yang tak seronok tengok depa dok gaduh.Ini masanya kena mencelah.

Kawan tak mau campur bab nak tanding ke tak .Itu kata orang tepuk dada tanya selera.Depa orang-orang atas tentu cukup tahu ada jerat ke tak jerat atau drama minggu ini ke.

Cuma kalau tengok balik masa Fairus nak letak jawatan tu nampak betoi macam plot drama yang tersusun rapi.

Mula begitu,lepas tu begini,kemudian Fairus gempak nak dedah rahsialah…akhirnya dah steady saja macam tak ada hal.

Seingat Kawan zaman-zaman dulu tak ada kisah karut-karut ni sampai kena buat pilihanraya kecil.

Sapa yang boleh terima akai kononnya pasai nak sambung belajar.

Depa sendiri letak calon,orang kena undi,lepas tu tak puashati,reka alasan itu ini ,orang nak kena susah payah undi lain.

“Hang ingat kalau kawasan tu depa tau gerenti kalah…depa nak suruh Fairus berhenti ke ?”,kata kawan tadi lagi.

Dia heran mana pi slogan PKR lawan tetap lawan.- Agenda Daily