Share |

Monday, 6 April 2009

Catatan Kempen di Dua Bukit

Bukit Selambau - 4 April 2009

Dalam tazkirah kepada para jemaah di Masjid Kampung Raja, Batu 2, saya memetik ungkapan keramat Pak Natsir yakni “Jangan kita ghairah untuk membangun sambil merobohkan”. Saya tekankan kepentingan akhlak dalam falsafah pembangunan Pakatan Rakyat. Kupasan ini turut menjadi tajuk utama wacana yang dilontarkan oleh Paul Krugman dan Amartya Sen.

Masalah ketamakan dan menggunakan dana tanpa menghiraukan risiko kepada pelabur menyebabkan berlakunya kegawatan ekonomi sekarang. Apa yang dirisaukan ialah bila mana pendekatan pengurusan ekonomi negara sama sekali tidak mempedulikan persoalan akhlak yang sedang membarah.

Maka yang demikian kita menggagaskan prinsip ekonomi manusiawi (humane economy), tadbir urus yang baik (good governance), ketelusan (transparency) dan pertanggungjawaban (accountability). Amanah mesti dipegang erat dan tanggungjawab wajib dilaksanakan.

Saya kemudiannya ka Tanah Licin untuk menemui komuniti Siam. Keluhan mereka cukup mengesankan terutamanya berkenaan dasar pembangunan yang tempang di kawasan tersebut. Hanya kerana perbedaan ras, mereka dipinggirkan. Seharusnya kita merenung kembali gesaan di dalam Al-Quran yang menyeru umat menegakkan keadilan dan ihsan (al ‘adl wal ihsan).

—–

Bukit Selambau - 3 April 2009

Saya berkempen di Kuala Sin tengah hari tadi. Manakala dimaklumkan bahawa asal perkataan ’sin’ berakarkan kalimat ’saing’, maka saya menyeru warga Kuala Sin supaya menidakkan kemenangan Umno-BN dalam pilihan raya kecil Bukit Selambau ini.

Usai bersolat Jumaat di Masjid Kuala Sin, saya hadhir ka majlis jamuan rakyat. Pada sabelah malamnya, saya menyertai majlis makan malam bersama komuniti Cina, seterusnya berceramah di Laguna Merbok dan kemudiannya bersama YB Karpal dan Tuan Guru Nik Aziz berceramah di Pekan Bukit Selambau.

Mesej saya jelas yakni agenda perubahan mestilah bersifat menyeluruh melalui penegakkan negara hukum. Sendi-sendi umpama kebebasan akhbar dan wibawa kehakiman seharusnya kembali dipulihkan. Kita tidak mahu hari ini mendabik dada dengan retorik perubahan, walhal kemudiannya menghumban mereka yang tak sehaluan ke kamar penjara!

—–

Bukit Gantang - 2 April 2009

Saya tiba sedikit lewat ka markas PAS di Trong. Hujan mencurah namun penduduk Bukit Gantang tetap bersemangat hadhir mendengar ceramah.

Seterusnya acara kempen di Sungai Tinggi. Saya mengajak rakyat menolak politik tidak siuman pimpinan Umno-BN.

Sekonyong-konyong, perubahan menjadi mantera popular pimpinan Umno. Pastinya esok muka depan media milik Umno-BN dipenuhi dengan slogan perubahan yang muluk-muluk.

Lagak mereka seperti baru mendengar perkataan tersebut. Perubahan pastinya bukan sekadar retorik. Ianya adalah kata sakti yang dizahirkan dari iltizam berterusan!

ANWAR IBRAHIM


4 Responses to “Catatan Kempen di Dua Bukit”


  1. 1 malaysian Apr 5th, 2009 at 1:00 pm

    hapuskan ethnic cleansing dulu la.

  2. 2 anak bertatih Apr 5th, 2009 at 1:05 pm

    selamat berkempen!

  3. 3 fanatik Apr 5th, 2009 at 1:24 pm

    terima kasih Najib kerana bebaskan tahanan ISA..
    seronok la keluarga dorang dengan berita ni..
    harapan saya penahanan dengan bicara terlebih dahulu…
    DSAI teruskan bakar line

  4. 4 joe-kedah Apr 5th, 2009 at 1:51 pm

    DSAI!
    Teruskan perjuangan asal niat kita suci dan bersih untuk membela nasib hidup rakyat yang tertindas. Kata mesti dikota dan kita tidak mahu berlaku sepertimana janji-janji pemimpim umno janji bermusim. Dari ucapan dato seri dan dari wajah dato seri bolihlah saya ungkapkan dan saya katakan kepada kawan-kawan INI LAH MANUSIA YANG BETUL-BETUL SIFAT PEMIMPIN, kita tidak mahu sepertimana sewaktu dato seri berada dalam kem umno, akhirnya terlampau agrisif sangat, kumpulan-kumpulan barua umno menerajang dato seri masuk dalam lokap sg. buluh. Cukup lah peristiwa yang lepas itu dijadikan panduan dan tauladan buruk sehingga mengaibkan, usulkan perjuangan ini dengan niat membela dan mengujudkan saf kepimpinan kearah keislaman dan saya percaya kawan-kawan dalam pakatan rakyat pasti bersetuju dengan cara dato seri. SELAMAT BERJAYA DALAM PRK, INSYAALLAH!

No comments: