Video dalam blog upahan Umno pagi tadi mendakwa kejadian itu berlaku semasa Anwar berada di Patpong, Bangkok.
(Video Didalam) PETALING JAYA: Skandal klip video adegan lucah yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan lagi, kini dikatakan berlaku pada 13 Januari lalu di Bangkok, Thailand.
Klip video kira-kira dua minit itu mula dimuat naik dalam blog upahan Umno pagi tadi, mendakwa kejadian itu berlaku semasa Anwar berada di Patpong, Bangkok dua hari sejak 12 Januari lalu.
Bertajuk “Paman Anwar di Patpong Bangkok”, adegan itu dirakam dalam sebuah bilik dan kamera difokuskan ke arah katil menunjukkan tempoh masa bermula pada pukul 1.54 pagi dan waktu terakhir pada 8.30 pagi.
Manakala pelaku yang dikatakan ‘Anwar’ itu kelihatan memakai jubah mandi sedang berlegar-legar disekeliling bilik sambil memegang telefon bimbit.
Bagaimanapun, visual kamera itu gagal menunjukkan jelas rupa paras individu dalam video tersebut, tambahan ia rakaman hitam-putih.
Penulis blog upahan Umno ‘Papa Gomo’ dalam blognya mendakwa Anwar berlepas ke Bangkok pada 12 Januari lalu menggunakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) bernombor MH 782 dan berlepas pada jam 3.15 petang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Katanya, Anwar kemudiannya tiba di Bangkok pada jam 4.20 petang waktu Thailand atau jam 5.30 petang waktu Malaysia.
“Video ini adalah rakaman tulen dan sahih seratus peratus ketulenannya. Pelaku didalam video ini juga adalah Datuk Seri Anwar bin Ibrahim yang mana beliau tahu dan pasti beliau adalah pelakunya,” kata penulis blog itu.
Beliau mendakwa setelah lebih kurang 19 jam berada di Bangkok untuk ‘aktiviti-aktiviti’ dan ‘tugas-tugas rasmi’ tertentu, Anwar pulang ke tanah air pada pukul 11.05 pagi dengan menggunakan pesawat MAS bernombor MH 785 dan tiba di KLIA pada pukul 2.15 petang dan kemudiannya ke Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur pada pukul 5.30 petang.
Penulis blog itu turut membangkitkan persoalan mengenai kegiatan setiap kali pemergian Anwar ke Thailand sejak dua tahun lalu, soalan sama yang pernah diutarakan ahli perniagaan ‘Datuk T’ Datuk Shazryl Eskay Abdullah sebelum ini dalam skandal video seks yang lalu.
“Rakaman penuh akan menyusul dan harus kita ingat bukan kami nak mengaibkan Anwar Ibrahim dan para keluarganya namun demi menyelamatkan rakyat Malaysia maka pekara sebegini haruslah didedahkan agar rakyat memilih pemimpin yang berkaliber bagi memimpin kita,” katanya.

No comments:
Post a Comment