Utusan Malaysia
Sejak Mac 2008 lagi, akibat nafsu untuk berkuasa, perkara-perkara dalam kontrak sosial tiba-tiba dijadi modal politik untuk ditukar ganti. Jelas pemimpin-pemimpin yang membangkit perkara sensitif ini tidak peduli kefahaman rakyat yang selama lebih 50 tahun telah memahami dan menghayati sejarah pembentukan negara dan Perlembagaan Persekutuan yang diasaskan kepada kontrak sosial.
Tetapi sekelip mata mereka cuba mengapi-apikan rakyat supaya menyokong perjuangan mereka untuk berkuasa supaya dapat mengubah dan meminda kandungan Perlembagaan Persekutuan terutama mengenai perkara-perkara menyentuh agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu dan bahasa Melayu.
Sebagaimana telah ditegaskan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ketika memberi ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 lalu, bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipinda sesuka hati tanpa mendapat perkenan Majlis Raja-raja.
Kini Majlis Raja-raja meluahkan rasa hati masing-masing akan perkembangan politik dalam negara yang dilihat amat membimbangkan.
Majlis Raja-raja juga memandang serius kewujudan jenayah yang dikategorikan sebagai jenayah berat, yang boleh mengancam keselamatan, ketenteraman dan imej negara.
Usaha Kerajaan Persekutuan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum berlandaskan semangat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mungkin sia-sia jika peruntukan negara tidak dihormati.
Hakikatnya, pihak tertinggi pentadbiran negara iaitu Majlis Raja-raja sudah menyuarakan pandangan mereka. Perdana Menteri dan pemimpin Barisan Nasional juga sudah berpuluh kali diseru supaya mengambil tindakan serius terhadap penghasut ketenteraman negara.
Tidak sukar untuk mengenal pasti siapa yang memanaskan bara perkauman dan mempertikai Perlembagaan negara. Kementerian Dalam Negeri (KDN) pasti tahu siapa mereka.
Kini hanya pihak berkuasa yang berada di bawah KDN perlu menunjukkan 'isyarat' kepada pihak tertentu supaya hentikan mainan api perkauman dan menyebar dakyah memburuk-burukkan Perlembagaan negara.
Tidak perlu kita mengajar apakah tindakan yang patut diambil ke atas individu yang cuba mempertikai dan menghina Perlembagaan apatah lagi kuasa Majlis Raja-raja.
Jangan biarkan api perkauman terus dibiar membara. Bertindaklah demi kesejahteraan negara dan rakyat sebelum nasi menjadi bubur.
Apabila Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Johor dan beberapa Putera Raja-raja Melayu melahirkan kebimbangan terhadap usaha pihak tertentu membangkitkan isu kandungan Perlembagaan Persekutuan dan mempertikaikan kontrak sosial, sampai hari ini ia masih diperkatakan.
Baru-baru ini hasil Mesyuarat Majlis Raja- Raja kali ke-222 yang berlangsung di Istana Negara pada 13 dan 14 Oktober lalu, Raja-raja sepakat menyuarakan kebimbangan mereka.
Trend politik semasa di negara ini yang dilihat sedang meniup angin perkauman dan mencabar kedaulatan Perlembagaan negara amat-amat dipandang berat.
Kelmarin, Penyimpan Mohor Besar Raja- Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah dalam kenyataannya berkata Raja-Raja Melayu berpegang bahawa kontrak sosial yang telah dipersetujui ini merupakan watikah yang menjadi asas kepada keadilan sosial di negara ini yang merangkumi cita-cita bagi mencapai hasrat pembahagian ekonomi secara adil.

No comments:
Post a Comment