Satu Calon, Satu Kerusi adalah satu langkah bijak DAP.
PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor) menyokong penuh kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh bahawa setiap calon DAP hanya akan bertanding untuk satu kerusi sahaja pada pilihan raya umum akan datang.
Penyelaras Negeri, Ahmad Anwar Asyraf Ismail berkata tindakan ini sememangnya satu langkah yang tepat bagi memastikan setiap calon yang memenangi kerusi tersebut dapat memberikan fokus sepenuhnya kepada kawasan konstituen yang telah dimenanginya.
“Malahan, ia turut dapat memastikan setiap wakil rakyat yang telah dipilih itu dapat memberikan tumpuan kepada setiap sesi persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (Dun).
“Tambahan lagi, SAMM Johor turut berpendapat, langkah sebegini berupaya untuk mengelak berulangnya masalah ketidakhadiran wakil- wakil rakyat pada sesi persidangan Dewan seperti apa yang berlaku semasa pembentangan Rang Undang-Undang Pembangunan Kampung Baru tempohari.
Setiap wakil rakyat tidak lagi dapat memberikan alasan sibuk dengan masalah di konstituen masing-masing ekoran terpaksa menggalas dua tanggungjawab menjadi Ahli Parlimen dan Adun dalam tempoh serentak,” katanya dalam satu kenyataan media.
Selain itu katanya, langkah memperkenalkan Satu Calon, Satu Kerusi ini merupakan langkah yang bijak dan tepat pada masanya, ketika Pakatan Rakyat sedang melahirkan harapan menguasai pentadbiran negara.
“Langkah ini berupaya membuktikan betapa Pakatan Rakyat sememangnya mempunyai ramai pemimpin-pemimpin yang berkualiti, mempunyai kredibiliti yang baik dan kompeten dalam melaksana tugas dan amanah yang diberikan oleh rakyat.
“Langkah ini juga menghapuskan persepsi bahawa Pakatan ketandusan pemimpin dan hanya bergantung kepada beberapa kerat nama semata-mata,” terang Ahmad Anwar.

No comments:
Post a Comment