Orang muda telah melakukan `perubahan yang senyap' melalui pilihan raya umum 2008 ," kata seorang pakar hubungan Indonesia-Malaysia, Musni Umar.
PETALING JAYA: Malaysia tidak perlu meniru cara Indonesia dan Timur Tengah dalam melakukan perubahan kerana terlalu mahal harganya, kata seorang pakar hubungan Indonesia-Malaysia.
Sebaliknya, Musni Umar lulusan Ph.D jurusan sosiologi menasihatkan rakyat Malaysia yang majoritinya berpendidikan baik dan negara mengalami kemajuan yang mengkagumkan, memilih pilihan raya seperti yang dilakukan Turki.
“Saya mencermati bahawa masyarakat Malaysia terutama dari kalangan muda yang cukup berpendidikan menyedari pentingnya perubahan di Malaysia untuk mengganti suasana, tetapi ‘perubahan yang senyap’ melalui pilihan raya.
“Mereka sudah mula melalukan pada pilihan raya umum 2008 ,” katanya.
Katanya, perubahan yang sedang terjadi di Malaysia dengan membuka sedikit demi sedikit kebebasan harus diberi pujian.
Bagaimanapun, kata, ramai jugamasyarakat Malaysia yang takut kepada perubahan dengan berbagai alasan dan pertimbangan sehingga tetap mempertahankan pemerintahan sekarang.
Katanya, alasan mereka ialah BN telah membuktikan dengan berjaya membawa Malaysia ke arah kemajuan seperti sekarang.
“Itu tidak salah dan harus dihormati yang tidak mahu berubah. Namun harus disedari, di dunia ini tidak ada yang abadi, kecuali perubahan itu sendiri,” tambahnya.
`Orang tua berundur’
Penganalisis politik itu juga berkata, BN mesti melakukan perubahan dalaman dengan mengambilkira pengaruh Kebangkitan Arab.
Katanya, misalnya memberi semakin banyak peluang pemuda yang berpendidikan tinggi untuk untuk turut sama membangun Malaysia melalui BN.
“…dan pada saat yang sama orang tua berundur dari arena politik untuk memberi kesempatan kepada kaum muda.
“Selain itu, menyahut aspirasi masyarakat Malaysia yang menginginkan membuka koridor demokrasi dan kebebasan untuk semua,” katanya lagi.
Musni juga meramalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi pengaruh kepada politik Malaysia.
Pertama, ketegangan politik antara BN dan Pakatan Rakyat akan semakin meningkat. Oleh kerana kedua kelompok ini, sudah mempunyai pandangan yang berbeza tentang kes Anwar.
Kedua, para pemimpin dan penyokng dari kedua kelompok yang bersaing, sudah menjadikan kes Anwar menghancurkan lawan dan meraih simpati dan sokongan dari rakyat Malaysia dalam pertarungan menghadapi pilihan raya yang diperkirakan tahun ini juga.
Ketiga, dengan keputusan hakim yang jujur dan adil, kepercayaan antarabangsa terhadap Malaysia tetap terjaga.

No comments:
Post a Comment