Utusan Malaysia
Oleh FARHANA JONI
Oleh FARHANA JONI
KUALA
LUMPUR 27 Julai - Kerajaan dicadang menubuhkan Lembaga Kelayakan Syariah
bagi membantu dan mengawal selia profesion yang berkaitan di bidang
ini.
Timbalan
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Datuk
Dr. Zaleha Kamaruddin berkata, langkah ini juga akan memartabatkan
undang-undang syariah setaraf dengan sistem perundangan sivil.
"Lembaga
ini juga bertanggungjawab memberi kebenaran dan mengawal selia ahlinya
seperti hakim, peguam mahu pun pensyarah undang-undang syariah.
"Satu
badan disiplin akan ditubuhkan dalam lembaga itu bagi memantau
ahli-ahlinya supaya mengamalkan sistem perundangan syariah berlandaskan
al-Quran dan sunah," katanya.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita selepas sesi perbincangan mengenai
kaedah meningkatkan profesionalisme modal insan dalam bidang perundangan
di institusi pengajian tinggi (IPT) pada muzakarah bertajuk, Pemacuan
Transformasi Sistem Perundangan Islam di Malaysia bertempat di IKIM di
sini, hari ini.
Hadir
sama, Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria; bekas Hakim Mahkamah
Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan Timbalan Ketua Bahagian
Penasihat Syariah Jabatan Peguam Negara, Mahamad Naser Disa.
Muzakarah
tersebut turut membincangkan isu keperluan transformasi, kaedah
pembetulan persepsi negatif tentang fungsi dan keberkesanan agensi
perundangan Islam di negara ini serta kaedah memantapkan mahkamah
syariah.
Menurut
Zaleha, muzakarah yang berlangsung hari ini itu penting untuk
membolehkan mereka yang terlibat secara langsung dalam undang-undang
syariah melontarkan idea bagi memartabatkan bidang tersebut.
"Menerusi
perbincangan ini, satu pelan induk akan diserahkan kepada Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagi menyusun
semula undang-undang syariah secara menyeluruh," katanya.
No comments:
Post a Comment