Pasangan suami isteri yang mengikuti program ini adalah di kalangan umur 40 dan 50 an.
Melalui program yang dijalankan syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd, beliau mendapati para isteri gagal memberi reaksi kepada suami.
Pasangan suami isteri yang mengikuti program yang dijalankan adalah kalangan umur 40-50 an.
“Sejak kahwin si suami kata isteri tiada reaksi, jika mengandung dan punya anak itu secara tidak sengaja.
Itu sebab lelaki bila tidak dapat kepuasan mereka cari perempuan atau pelacur di luar kerana mahu lepaskan keperluan mereka. Sebab itu kita akan dengar atuk yang rogol cucu, tapi kita tidak pernah dengar perempuan rogol lelaki,” ujar beliau kepada FMT..
Maka pendekatan yang dibawa kelab itu adalah sebagai jalan keluar kepada permasalahan sosial serta keruntuhan rumah tangga yang kerap kali kedengaran di dada akhbar mahupun televisyen.
Penubuhan Kelab Isteri Taat menimbulkan pelbagai kecaman termasuk NGO Islam dan pemimpin politik.
Bujang dan bukan Islam boleh turut serta
Menurut Maznah, kelab itu itu juga membuka keahlian bukan sahaja kepada pasangan suami isteri namun kepada wanita/lelaki bujang serta orang bukan Islam.
Pendaftaran adalah secara automatik dan hanya perlu mendaftarkan diri dengan menyertai program yang dijalankan oleh syarikat terbabit.
“Setakat ini ahli merupakan staf-staf syarikat Global Ikhwan. Kami akan buat sesi kaunseling dan keutamaan kepada pasangan berkahwin yang bujang dan bukan Islam turut dialu-alukan menyertai Kelab ini. Wanita/lelaki bujang boleh dapatkan pengetahuan bagi yang bukan Islam mereka akan diajar mengenai keyakinan mereka terhadap Tuhan masing-masing,” jelas Maznah.
Maznah berkata khidmat nasihat itu akan dikendalikan oleh kakitangan syarikat yang berpengalaman dan mempunyai ilmu pengetahuan Islam.
No comments:
Post a Comment