SIS bidas OWC kerana menundukkan kaum Hawa
PETALING
JAYA: Sisters in Islam (SIS) menolak cadangan berkenaan Kelab Isteri
Taat (OWC) yang mahukan isteri melayan suami seperti pelacur kelas
pertama.“Apakah mesej yang cuba diutarakan kepada golongan lelaki? Kepuasan seks seharusnya dinikmati bersama-sama.
“Ia bukan tanggungjawab wanita semata-mata,” kata Rozana Isa, wakil SIS ketika diwawancara oleh Daphne Iking dalam rancangan Bella, terbitan saluran televisyen ntv7 pagi tadi.
OWC mula diperkenalkan di Malaysia pada 4 Jun lalu dengan keahlian seramai 800 orang.
Ia diketuai oleh isteri arwah Ashaari Muhammad pengasas kumpulan Al Arqam, Khatijah Aam selaku presiden serta menantunya, Dr Rohaya Mohamed yang juga naib presiden kelab tersebut.
Kelab pertama dilancarkan adalah di Jordan pada 1 Mei lalu diikuti Malaysia dan Jakarta, Indonesia pada 18 Jun ini.
Rozana turut menengahkan pandangan bahawa para ibu yang berhadapan dengan perceraian menghadapi masalah.
“Selalunya ia adalah isu pemberian nafkah isteri dan anak. Lelaki sepatutnya memainkan peranan sebagai suami dan bapa,” tambah Rozana.
Komunikasi dan kepercayaan
Wakil SIS tersebut turut menyatakan bahawa petua kepada hubungan yang baik antara suami dan isteri bergantung dua faktor:- komunikasi dan kepercayaan.
“Kedua-dua mereka perlu berkongsi baik buruk kehidupan.”
Isu lelaki yang beralih dari isteri kepada wanita lain turut diketengahkan oleh Daphne.
Dalam jawapannya, Rozana menyalahkan kaum Adam. “Lelaki memilih untuk beralih. Sepatutnya lelaki yang dipersalahkan bukannya perempuan.
Idea OWC turut ditolak oleh Ain Hussin, tetamu rancangan itu yang pernah menjadi mangsa penderaan rumah tangga.
“Isu ini langsung tidak berkaitan dengan ketaatan. Ia adalah berkaitan dengan komunikasi,” kata Ain.
Wakil OWC dalam rancangan 30 minit itu ialah Zaiton Satimon dari Damansara. Kuala Lumpur.
Ain yang telah pun berkahwin buat kali kedua menyatakan bahawa wanita memerlukan kesamarataan dalam hubungan mereka.
(File pix from internet)
No comments:
Post a Comment