Sejak 22 Jan, lewat petang che'GuBard mendapat banyak sms juga panggilan telefon yang bertanya betulkah SAMM dihalau oleh sebuah lagi 'NGO' yang menjadi front kepada PAS dalam menangani isu Felda iaitu ANAK ?
Setelah difahamkan rupanya semua spekulasi itu wujud ekoran satu posting dalam blog AMK Johor yang menggunakan nama Ketua AMKnya Zabidie Abas yang juga merupakan Setiausaha ANAK.che'GuBard segera mendapatkan respon Zabidie mengenai perkara ini. Beliau menafikan yang beliau terlibat menulis artikel tersebut, sebaliknya ditulis oleh seorang anggota AMK Johor yang juga punya akses ke blog http://amkj.blogspot.com tersebut.
Zabidie juga mengambil tindakan segera menarik keluar artikel tersebut yang seharusnya berada dalam link http://amkj.blogspot.com/2011/01/n5-nota-untuk-samm-di-prk-dun-tenang.html
Menerima penjelasan tersebut saya bersama beberapa teman SAMM mengambil keputusan meneruskan semua program yang dirancang tanpa mempedulikan provokasi murahan dari pihak tertentu itu tersebut. SAMM tak faham maksud pencetus perkara tersebut adakah mahu melihat SAMM bergaduh dengan ANAK atau mahu memberi ruang kepada Bn memanipulasi perkara ini ?
Namun che'GuBard selaku seorang pendiri SAMM ingin juga menjelaskan beberapa perkara :
- SAMM bukan dipunyai oleh mana- mana parti politik. SAMM ialah gerakan muda yang bebas politik kepartian tetapi mengambil sikap politik dan mendokong parti tertentu berdasar isu dan kepentingan anak muda ganerasi masa depan negara.
- SAMM yang wujud sejak 2004, menolak undang - undang kuno negara yang mengekang kebebasan berpesatuan rakyat maka kerana tidak mengiktiraf dan menolak maka kami tidak mendaftar dibawah akta pertubuhan. Kami tidak mahu dilihat 'menyanggah di depan akur dibelakang'. Namun kami berdaftar dibawah 'SSM' seperti mana banyak 'ngo' progresif lain dalam negara ini.
- Keputusan mendokong calon PAS di Tenang bukan diambil dengan mudah tetapi setelah perbincangan panjang sila rujuk http://chegubard.blogspot.com/2011/01/penjelasan-pendirian-samm-analisis-samm.html
- Untuk mengekalkan 'independent' SAMM berdiri sendiri sepanjang kempen PRK di Tenang tanpa bantuan kewangan dari mana - mana pihak termasuk PAS. Kewangan kami dari sumbangan semua penyelaras SAMM, sumbangan orang ramai melalui penjualan buku dan lain - lain barangan.
- Sebaik sahaja SAMM membuat keputusan untuk turun bersama berkempen di Tenang, SAMM menemui beberapa pimpinan PAS untuk memaklumkan dan meminta nasihat kerana PAS yang bertanding.
- Cuma ada pimpinan PKR yang melahirkan rasa kurang senang dan minta SAMM melaporkan program mereka kepada PKR, mungkin mereka tidak sedar SAMM bukan 'front' kepada PKR dan bukan anggota PKR, maka kami maklumkan dengan baik perkara ini.
- SAMM menamakan 3 orang Penyelarasnya Roslee Shariff, Khairul Fauzi Muhammud dan Azlan Ishak sebagai Penyelaras Kempen sepanjang PRK di Tenang dan mereka sudah pun membuat 'ground work' seawal 2 minggu sebelum penamaan. Menemui pimpinan PAS-PR tempatan, pimpinan masyarakat tempatan dan pimpinan NGO termasuk ANAK untuk penyelarasan gerak kerja.
- Maksudnya semua gerak kerja dirancang awal dan dimaklum oleh pihak terbabit khususnya menghormati PAS yang bertanding.
- Pada hemat kami perkara iniadalah angkara 'budak-budak nakal' dalam PKR yang tak senang dengan SAMM yang berjaya mengembeling tenaga muda baru walaupun dalam scale yang kecil berdasar kemampuan kewangan dan logistik kami.
- Perkara ini juga muncul kerana isu pemilihan yang tidak ada penghujung. Siasatan yang tiada hujung pangkal. Yang menuntut siasatan terus bercakap dan yang konon menang dari hasil penipuan terus mempertahankan kedudukan.
- PKR seharus melihat perkara ini dengan serius jika tidak mahu PKR ditertawakan.
- Nasihat che'GuBard bagi pihak SAMM kepada 'budak-budak nakal' tersebut kena belajar bila nak serang musuh dan bagaimana nak 'bergurau' dengan kawan. Jangan masa perang seperti ini, nanti jangan sampai kawan dalam PR lihat politik dalaman PKR ini menyusahkan mereka.
- Kepada pimpinan besar PKR lihat perkara ini segera. Jangan bila ada orang bangkit bercakap soal keadilan dan ketelusan dilihat kianat tetapi 'budak-budak nakal' yang duduk dalam politik naungan itu buat apa saja dibiarkan. Keadilan bukan sahaja perlu dilaksana tetapi perlu dilihat dilaksana.
- SAMM ingin ucap terima kasih kepada PAS kerana beri ruang SAMM teroka ruang baru dalam mendekati anak muda dan sesungguhnya kesempatan ini tidak dipersia. memang kemenangan sukar namun SAMM akan cuba bantu sebaik mungkin dengan sumbangan SAMM yang amat kecil dalam mendekati anak muda. Kepada ANAK dan organisasi masyarakat yang lain kesudian bekerjasama dalam menjayakan beberapa program juga amat dihargai.
- Dalam gerak kerja PRK ini SAMM menumpukan pendekatan mendidik anak muda menggunakan kuasa politik melalui pendidikan hak warga. Disamping dalam pendekatan penuh mesra dan meminimakan sebarang konfrantasi.
http://chegubard.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment