Dari Merdeka Review
“Kita terus menerbitkan Suara, walaupun cara ini melanggar undang-undang. Kita terus mengedarkan Suara walaupun banyak pengedar yang diugut. Kita tidak ada pilihan lain. Pihak berkuasa menuduh kita melanggar undang-undang. Akan tetapi, dengan menafikan hak kita untuk bersuara, sebagaimana yang dijanjikan oleh Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan sebenarnya menggalakkan kita melakukan aktiviti di luar undang-undang. Ini tuntutan masa dan keadaan.” — Dipetik daripada ucapan perasmian Syed Husin Ali, selaku Timbalan Presiden dalam Kongres Nasional Tahunan AMK dan Wanita PKR, pada 1 September 2006.
Suara Keadilan, lidah rasmi PKR selepas penggabungan antara Parti Rakyat Malaysia (PRM) dengan Parti KeADILan Nasional, tidak memperolehi permit sejak terbitan sulungnya pada Jun 2005. Bagaimanapun, terbitan diteruskan biarpun berdepan dengan tekanan dan ugutan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Seandainya diimbas, ia mungkin detik saat yang paling sukar untuk PKR, dengan hanya tinggal seorang ahli parlimen, iaitu Presidennya, Wan Azizah Wan Ismail setelah dibadai “gelombang biru” dalam PRU ke-11. Namun demikian, semangat perjuangan pimpinan dan anggotanya menjadi obor yang menerangkan kesuraman ini.
Ia tidak terhenti setakat pada ucapan Syed Husin Ali, atau seruan Ketua Penerangan ketika itu, Tian Chua semasa sesi penggulungan perbahasan dalam Kongres Nasional Tahunan, untuk berdemonstrasi menuntut hak penerbitan lidah parti. Kata-kata diterjemahkan kepada tindakan, apabila pimpinan dan anggota PKR turun gelanggang untuk berkumpul di bawah pejabat SUHAKAM pada 24 November 2006.
Protes hangat-hangat ayam?
Adegan tersebut tidak kelihatan lagi, biarpun PKR kini ditimpa nasib yang sama – permit Suara Keadilan tidak diperbaharui. Tindakan protes agak hangat sebermulanya, apabila PKR mengambil langkah untuk menerbitkan lidah partinya dalam bentuk edisi tidak berkala, bermula dengan Keadilan (12 Julai 2010), Obor Keadilan (19 Julai 2010), Sinar Keadilan (26 Julai 2010), Utusan Keadilan (2 Ogos 2010), Berita Keadilan (9 Ogos 2010) dan kemudiannya berhenti di Metro Keadilan (16 Ogos 2010).
“Saya rasa ini sedang diperjuangkan…” Syed Husin Ali, Timbalan Presiden PKR cuba mempertahankan partinya, dalam satu wawancara bersama MerdekaReview, yang diadakan di pejabatnya, semalam.
Jawapan beliau ditemukan dengan soalan susulan, “Tetapi mengapa ia diberhentikan?”
“Ada perubahan dalam Suara Keadilan…” Beliau akhirnya mengakur, menceritakan bagaimana organ parti ini diambil alih oleh “golongan yang dianggap profesional”, dari tangan “orang yang bersemangat tetapi dianggap tidak profesional”.
Pengambil-alihan ini berlaku selepas tsunami politik, apabila PKR dilambung dengan harapan tinggi daripada rakyat. Babak ini menyaksikan bagaimana Zunar, Ketua Pengarang dengan kakitangannya dalam Suara Keadilan, terpaksa memberi laluan kepada pasukan editorial baru.
“Test (ujian) yang pertama ialah golongan profesional ini, misalnya kali pertama, dua tahun lalu, (Suara Keadilan) dihentikan, (selepas tsunami), sudah dihentikan. Suara Keadilan tak ada permit, mereka berundur. Yang profesional takut.”
Syed Husin Ali (gambar kiri) menyambung, “Dan saya kata waktu itu, keluarkan (terbitkan), buat atas nama saya. Dan mereka teruskan. Tapi yang meneruskan ialah golongan yang bersemangat dan berani itu. Tetapi, apabila golongan yang profesional ini mengambil alih, walaupun saya katakan nama permit tu nama saya, saya ambil tanggungjawab, tapi mereka kurang berani.”
Profesional tetapi tak berani?
Di sini ia memperlihatkan satu perubahan dalam sikap, yang berlaku di kalangan anggota mahupun pimpinan parti. Syed Husin Ali mengakuinya, “Tapi, itu tak bererti terus mengalah begitu sahaja. Sebab sekarang, salah satu sebab, golongan profesional ini dia memikirkan soal kewangan, untung-rugi, kan? Dan bila tak ada wang, dia tak berani nak keluarkan.”
Apakah fenomena ini membimbangkan Timbalan Presiden, yang bakal berundur? “Ada, ada kemungkinannya nilai-nilai kebendaan dan kewangan mendominasi dalam parti. Kebimbangan itu ada. Ini bukan masalah parti. Ini masalah seluruh masyarakat. Seluruh dunia. Dan sangat susah untuk kita menongkah arus… Orang yang bodoh-bodoh macam saya sahaja…”
Beliau ketawa bersama wartawan, untuk jawapan yang tidak perlu dijelaskan lagi. Tetapi, bukankah ia satu sindiran yang sinis, apabila PKR mampu mengharungi rintangan ini pada zaman yang paling sukar buat partinya, tetapi kini dengan segala syarat atau kelebihan yang ada, misalnya kuasa kerajaan negeri, bilangan wakil rakyat yang bertambah, ia pula senang mengalah?
Syed Husin Ali terpaksa mengakuinya, sambil meluahkan apa yang terpendam, “Ini satu fenomena yang kurang baik, kerana lebih sibuk sekarang ini dengan soal-soal kerajaan, dengan soal jadi wakil rakyat, dengan soal jadi ADUN, daripada memikirkan kerja-kerja dan sumbangan terhadap rakyat.”
Melihat kepada senario ini, mungkin ada yang menganggap teguran ahli politik veteran ini masih diperlukan dalam PKR. Tetapi, secara terus-terang beliau berkata, “Walaupun saya berada di situ, ataupun tak ada di situ, perkara ini akan berlaku…”
Peranan Soh Chee Wen
Jelas, sesuatu yang “tidak kena” berlaku dalam PKR itu sendiri. Kemasukan “golongan yang dianggap profesional, tetapi tidak bersemangat” ke dalam parti selepas tsunami politik pada tahun 2008, harus diteliti. Wartawan seterusnya menyebut nama “Soh Chee Wen”, yang dibangkitkan oleh Zaid Ibrahim secara terbuka baru-baru ini dalam kenyataannya…
Soalannnya berbunyi, “Sejauh manakah peranan Soh Chee Wen (gambar kanan) dalam parti?”
“Sekarang tak ada,” jawab Syed Husin Ali.
“Dulu ada?” tanya wartawan.
“Dulu ada, dari segi kewangan…” Syed Husin Ali jelas teragu-ragu, mungkin dikhuatiri sama ada dirinya membongkar rahsia parti, yang sebenarnya sudah menjadi rahsia terbuka.
“Sekarang tak ada. Sekarang tidak boleh lagi.” Apabila wartawan mendesak, beliau dengan lantas menjawab, “Saya tidak tahu”. Bagaimanapun, akhirnya beliau memberi bayangan, “Baca Free Malaysia Today, kaji siapa di belakangnya… Adakah ia menganggap parti sebagai kawan, atau lawan?”
Namun, jelas Syed Husin Ali terusik dengan kenyataan Zaid Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, yang mempersoalkan, bukankah Soh Chee Wen sahabat Anwar? ?Siapakah ‘”Musuh Parti” dalam PKR??
“Saya akan kata, satu waktu dulu…” Syed Husin Ali menjelaskan, “Anwar (gambar kanan) pun sahabat baik dengan ramai orang yang telah keluar daripada parti. Sama ada anggota parlimen, ataupun orang yang pernah aktif dalam parti. Tetapi bila mengambil satu sikap yang tertentu, takkan boleh katakan mereka tu bekerjasama ataupun sepandangan.”
“Sudah berubah, sudah berubah…” Demikianlah yang diulangi oleh ahli politik yang berusia 74 tahun ini. Beliau menambah, perhubungan antara orang dengan keadaan sentiasa berubah dalam politik, sehingga orang mengatakan “tiada yang tetap dalam politik”.
“Maka tak usahlah dibangkitkan bahawa hubungan mereka yang baik seketika dahulu, apabila keadaan sudah berubah sekarang,” kata Syed Husin Ali.
Soh Chee Wen dikatakan memainkan peranan yang aktif seketika dahulu di ibu pejabat PKR. Bagaimanapun, beliau kini telah meninggalkan pejabatnya, kebetulan tidak lama selepas bekas Setiausaha Agung, Salehuddin Hashim meletak jawatan.
Soh Chee Wen, bekas pemimpin yang berkecimpung di antara dunia politik dan korporat, terkenal sebagai orang kanan Ling Liong Sik ketika Ling menerajui pimpinan MCA. Namun, hubungan Soh Chee Wen dengan Ling Liong Sik menjadi tegang semasa kemelut ekonomi pada tahun 1997, malah Soh melarikan diri ke luar negara setelah disabit dengan tuduhan jenayah komersial.
“Dana sumbangan” merupakan sesuatu yang lumrah dalam operasi parti politik. Dalam dunia realiti, udang tetap akan bersembunyi di sebalik batu. Dana sumbangan tidak datang secara percuma…
“Ada, ” Syed Husin Ali cuba menafikan, menjelaskan bahawa “ada yang menderma dan tidak begitu demanding (permintaan yang banyak)”. Beliau menambah, tanpa merujuk kepada siapa-siapa, “Dia (penyumbang dana politik) tidak boleh menggunakan wang sebagai leverage (pengaruh) untuk menentukan dasar.”
“Mana-mana parti politik tidak akan keberatan untuk menerima sumbangan yang ikhlas, tetapi bukan dikenakan syarat, misalnya siapa yang hendak diangkat (menjadi pimpinan), rancangan apa yang dijalankan, atau dasar apa yang perlu dilaksanakan…” tegas beliau.
Sementara mengalu-alukan sokongan kebendaan dan moral, Syed Husin Ali berterus-terang, “Sebenarnya parti tidak seharusnya bergantung kepada orang-orang tertentu. Sama ada dari segi kewangan ataupun dari segi organisasi. Ataupun dari segi politik. Tak boleh. Bahkan parti tak boleh bergantung hanya pada Anwar.”
“Parti harus bergantung kepada organisasi, dasar dan sebagainya…” tegas Syed husin Ali. (Bahagian pertama, bersambung)
*Wawancara ini dijalankan oleh Lim Hong Siang dan Wong Shu Qi dari MerdekaReview, di pejabat Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali pada 16 September 2010.

No comments:
Post a Comment