Share |

Thursday, 13 May 2010

UMNO denies Indians 41 Council shops. HRP Parit Buntar’s to PM, MB Kedah and Kerian Council President


url Kerian
UMNO denies Indians 41 Council shops. HRP Parit Buntar’s to PM, MB Kedah and Kerian Council President
M. Sivakumar, HRP Chief for Parit Buntar and Secretary T. Rajeswaran highlights the denial of licences and the Kerian Municipal Council shoplots to Indians via a letter to Prime Minister, Perak Menteri Besar and the President of the Kerian local Council (M.O 12/5/10 at page 2).
This is the tip of the iceberg of the Indians being denied licences and business opportunities in Malaysia. Not a single shoplot and license were given to the Indians by the Kerian Municipal Council.
But immediately thereafter UMNO gets their two local Council MIC Councillor mandores to make a “damage control” Tamil newspaper wayang kulit to divert attention by saying that Indians can apply for the 41 shoplots in the Kerian Municipal Council.
When even one shop lot is not given, how are the Indians going to get the 41 shop lots.
P. Uthayakumar
Kerian
Sivakumar A/L Munusamy
Pengerusi Human Rights Party
(Cawangan Parit Buntar)
23, Jalan Permai 2/2,
Taman Kerian Permai
34200 Parit Buntar, Perak.
3 Mei 2010
Yang Dipertua
Majlis Daerah Kerian
Wisma MDK
34200 Parit Buntar, Perak.
Tuan,
PENGAGIHAN GERAI / TAPAK NIAGA UNTUK MASYARAKAT INDIA DI PARIT BUNTAR
Dimaklumkan bahawa saya mewakili masyarakat India di kawasan Parit Buntar ini ingin membuat pengaduan tentang pengagihan gerai / tapak niaga untuk masyarakat India yang dimiliki oleh MDK tetapi tidak mendapat keadilan kerana orang-orang India tidak mendapat ruang untuk berniaga.
Saya difahamkan gerai ditingkat bawah Jalan Syarikat hanya dimiliki oleh kaum Cina sahaja. Sebelum ini ada orang-orang India memohon gerai tersebut tetapi dinafikan dengan alasan yang pelbagai dan saya yakin pada peringkat kelulusan gerai oleh Ahli Majlis berbangsa Cina menafikan hak kami.
Begitu juga dengan tapak niaga untuk di pasar awam Pusat Bandar. Ada beberapa orang India memohon meja untuk sayur, ayam dan ikan. Akan tetapi semuanya ditolak. Yang ada hanya satu meja menjual rempah sahaja.
Oleh itu saya meminta supaya orang India juga diberi kuota hak yang adil dalam perkara ini. Saya mencadangkan supaya di pasar awam Pusat Bandar dan gerai-gerai Majlis yang lain turut diberikan kepada masyarakat India kerana mereka juga mahu mencari rezeki. Sebagai contoh di pasar awam Pusat Bandar dicadangkan supaya meja untuk ayam, sayur serta ikan diberi juga kepada masyarakat India.
Ini akan menjadikan suasana lebih harmoni dan masyarakat boleh memilih gerai yang mereka sukai.
Saya berharap supaya perkara ini dipertimbangkan dengan sebaiknya. Elakkan diskriminasi kaum wujudkan perpaduan 1 Malaysia. Mudah-mudahan dengan pengagihan gerai serta tapak niaga yang turut disertai oleh masyarakat India akan menambah kepelbagaian peniaga serta mencambahkan perniagaan di kawasan Parit Buntar dan seterusnya meningkat tahap ekonomi masyarakat India di sini.
Sekian, terima kasih.
Yang benar
SIVAKUMAR A/L MUNUSAMY
s.k – Pejabat YAB Perdana Menteri Malaysia
- Pejabat YAB Menteri Besar Perak.

No comments: