Utusan Malaysia
Peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra berkata, permohonan tersebut dikemukakan oleh Tengku Muhammad Fakhry selepas 82 hari beliau disingkirkan daripada senarai bakal pewaris takhta.
Walhal menurutnya, Tengku Muhammad Fakhry hanya mempunyai masa untuk memfailkan tindakan itu selama 40 hari berkuat kuasa dari tarikh penyingkirannya pada 16 September lalu.
Sehubungan itu, Cecil memohon supaya permohonan Tengku Muhammad Fakhry untuk mendapatkan tempoh lanjutan masa dapat didengar secara inter parte (antara pihak) dan bukannya secara ex-parte (sebelah pihak).
''Lanjutan masa adalah isu mengenai bidang kuasa dan mahkamah perlu memutuskannya selepas mendengar hujahan secara inter parte,'' kata Abraham.
Selain menegaskan permohonan tersebut perlu dibenarkan apabila terdapat alasan yang munasabah, Abraham berpendapat, kes itu perlu diputuskan berlandaskan nas dan prinsip undang-undang yang pernah diputuskan oleh mahkamah di negara ini.
Bagi beliau, sekiranya permohonan didengar sebelah pihak ia akan menyebabkan prejudis terhadap pihaknya.
Peguam K. Shanmuga yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry ketika membalas hujah bagaimanapun membantah permohonan Pemangku Raja Kelantan.
Ini kerana menurut Shanmuga, mahkamah boleh mendengar permohonan secara ex-parte dan bukannya kedua-dua belah pihak seperti yang dimohon oleh Cecil.
Shanmuga menjelaskan, beliau memfailkan permohonan tersebut pada 7 Disember lalu selepas menerima surat jawapan daripada Setiausaha Majlis Perajaan Kelantan bertarikh 26 Oktober 2009.
Oleh itu, menurut Shanmuga, beliau hanya terlewat dua hari iaitu selepas tamatnya tempoh 40 hari setelah menerima surat jawapan bertarikh 26 Oktober.
Selepas selesai mendengar hujah, Hakim Mohamad Ariff menetapkan 12 Januari ini untuk membuat keputusan berhubung isu kelewatan masa memfailkan permohonan itu.
Tengku Muhammad Fakhry, 31, yang juga suami kepada Manohara Odelia Pinot mengemukakan permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan Tengku Muhammad Faris yang melucutkan keanggotaannya daripada Majlis Perajaan Negeri Kelantan.
KUALA LUMPUR 31 Dis. - Keputusan sama ada Tengku Temenggong Kelantan dibenarkan untuk mencabar perintah kekandanya yang melucutkan beliau daripada senarai bakal pewaris takhta, tidak dapat diputuskan memandangkan Mahkamah Tinggi di sini perlu mendengar isu lain yang dibangkitkan hari ini.
Dalam prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Mohamad Ariff Md. Yusof, mahkamah diberitahu bahawa Tengku Muhammad Fakhry Petra sebenarnya telah terlewat memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran membuat semakan kehakiman.
Dalam prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Mohamad Ariff Md. Yusof, mahkamah diberitahu bahawa Tengku Muhammad Fakhry Petra sebenarnya telah terlewat memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran membuat semakan kehakiman.
Peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra berkata, permohonan tersebut dikemukakan oleh Tengku Muhammad Fakhry selepas 82 hari beliau disingkirkan daripada senarai bakal pewaris takhta.
Walhal menurutnya, Tengku Muhammad Fakhry hanya mempunyai masa untuk memfailkan tindakan itu selama 40 hari berkuat kuasa dari tarikh penyingkirannya pada 16 September lalu.
Sehubungan itu, Cecil memohon supaya permohonan Tengku Muhammad Fakhry untuk mendapatkan tempoh lanjutan masa dapat didengar secara inter parte (antara pihak) dan bukannya secara ex-parte (sebelah pihak).
''Lanjutan masa adalah isu mengenai bidang kuasa dan mahkamah perlu memutuskannya selepas mendengar hujahan secara inter parte,'' kata Abraham.
Selain menegaskan permohonan tersebut perlu dibenarkan apabila terdapat alasan yang munasabah, Abraham berpendapat, kes itu perlu diputuskan berlandaskan nas dan prinsip undang-undang yang pernah diputuskan oleh mahkamah di negara ini.
Bagi beliau, sekiranya permohonan didengar sebelah pihak ia akan menyebabkan prejudis terhadap pihaknya.
Peguam K. Shanmuga yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry ketika membalas hujah bagaimanapun membantah permohonan Pemangku Raja Kelantan.
Ini kerana menurut Shanmuga, mahkamah boleh mendengar permohonan secara ex-parte dan bukannya kedua-dua belah pihak seperti yang dimohon oleh Cecil.
Shanmuga menjelaskan, beliau memfailkan permohonan tersebut pada 7 Disember lalu selepas menerima surat jawapan daripada Setiausaha Majlis Perajaan Kelantan bertarikh 26 Oktober 2009.
Oleh itu, menurut Shanmuga, beliau hanya terlewat dua hari iaitu selepas tamatnya tempoh 40 hari setelah menerima surat jawapan bertarikh 26 Oktober.
Selepas selesai mendengar hujah, Hakim Mohamad Ariff menetapkan 12 Januari ini untuk membuat keputusan berhubung isu kelewatan masa memfailkan permohonan itu.
Tengku Muhammad Fakhry, 31, yang juga suami kepada Manohara Odelia Pinot mengemukakan permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan Tengku Muhammad Faris yang melucutkan keanggotaannya daripada Majlis Perajaan Negeri Kelantan.
No comments:
Post a Comment