31 Disember 2009
Kenyataan Media
HUKUMAN SEBAT OLEH MAHKAMAH RAKYAT DIJATUHKAN KEPADA PENGKHIANAT EKONOMI NEGARA MOHAMAD HASSAN, ROSMAH MANSOR DAN LAIN – LAIN YANG TERLIBAT MENYELUDUP WANG KE LUAR NEGARA.
Pada 26 Okt 2009, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan pembatalan sebanyak 20 lesen perniagaan pengurupan wang di bawah Akta Pengurupan Wang 1998. Walaubagaimanapun Bank Negara tidak memberi alasan dan sebab pembatalan lesen-lesen yang dinyatakan.
Antara bukti-bukti diperolehi BNM, didapati maklumat yang menunjukkan Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan telah dikaitan dengan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd (salah satu lesen perniagaan pengurupan wang yang dibatalkan) dalam mengirim sejumlah wang yang bernilai kira - kira RM10 juta ke London pada tahun 2008.
Kegiatan ini telah melanggar Akta Pengurupan Wang 1998 antaranya,
Seksyen 30(1)(b), “… perbuatan yang melibatkan, yang berkaitan dengan, atau sebagai persediaan bagi, pengiriman atau pemindahan dana ke luar Malaysia…” dan;
Seksyen 35(b), “memberikan apa-apa maklumat yang palsu dalam sesuatu butir material bagi mana-mana Akta ini”.
Turut dikaitkan dengan penghantaran wang secara haram ke luar negara ialah Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam penghantaran haram RM 600,000 (dipercayai sebagai tambahan kepada wang membeli belah yang tak cukup ketika berada di Dubai) Tan Sri Abu Sahid, tokoh korporat Melayu yang diberikan ruang mengetuai Perwaja dan Maju Holding terlibat dalam penghantaran haram RM 22.2juta dan seorang lagi tokoh korporat yang rapat dengan regim pemerintah adik Syed Mokhtar al Bukhari iaitu Syed Mohammad setakat ini dikesan terlibat dalam menghantar wang secara haram sebanyak RM 1.19 juta.
Perkara ini telah dibangkitkan di Dewan Rakyat. Pada 16 Nov. Satu surat (terbuka) rasmi telah dihantar kepada MB Negeri Sembilan memohon jawapan namun sehingga kini bukan sahaja surat tidak dibalas tetapi media dihalang menyiarkan berita mengenainya. Pada 24 Nov. Mohamad juga gagal menjawab soalan berkaitan di dewan. Bank negara tidak menafikan, Mohamad dan pesalah yang lain juga tidak menafikan sehingga kini.
Pada 3 Dis lepas satu laporan rasmi berkaitan perkara ini turut difailkan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Namun seperti biasa PDRM semakin dilihat gembira menjadi kuda tungggangan regim maka sehingga kini tiada respon terhadap susulan yang kami lakukan.
SAMM selaku seguah gerakan anak muda yang percaya dengan perubahan dan sayangkan negara ini, dengan ini memandang serius jenayah penyeludupan wang secara haram keluar negara ini. Jenayah ini merupakan sabotaj terhadap ekonomi negara. Mereka inilah sebenar pengkhianat negara yang sebenar.
Maka hari ini 'atas nama Mahkamah Rakyat' maka kesemua penderhaka dan pengkhianat ini dijatuhkan hukuman sebat.
Walaupun ia hanya 'olok-olok' tetapi ia mewakili suara derita rakyat yang bergelumang dengan kepayahan tetapi di atas sana orang kaya di keliling regim pemerintah terlalu mewah dan tidak kisah mengkhianati ekonomi negara. SAMM menyeru rakyat supaya bangkit dengan berani melawan regim yang melindungi kepentingan kapitalis dan terus tanpa sedar dan tidak sedar menindas rakyat.
Amaran kami kepada sistem perundangan negara. Jangan sampai 'olok-olok' ini menjadi benar.
Sekian demi memperkasa ketuanan rakyat.
che'GuBard
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia
cheGuBard@gmail.com
http://chegubard.blogspot.com
p/s : kenyataan media ini dibaca sebelum upacara hukum sebat Mohamad Hassan
No comments:
Post a Comment