Share |

Thursday 21 January 2010

“KHAS UNTUK BUMIPUTERA”1 MALAYSIA untuk siapa?

IPOH, 2 Disember - Ramai yang keliru dengan slogan ‘1 Malaysia’ yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib sejak tujuh bulan yang lalu. Adakah ‘1 Malaysia’ akan membuka peluang kepada golongan bukan Melayu untuk maju dalam rancangan pembangunan negara? Atau pun ramai peniaga India dipinggirkan?

Para peniaga India hairan melihat sepanduk yang tertulis ‘Khas untuk bumiputera’ digantung di depan barisan kedai di Pasar Medan Jaya yang baru dibina di Jalan Ling Poon Swee, Ipoh.

Jikalau barisan kedai ini yang dibina oleh Mara hanya untuk bumiputera bagaimana dengan peniaga bangsa lain? Adakah Mara kepunyaan orang Melayu sahaja?

Malaysia mempunyai orang miskin daripada bangsa Melayu, Cina dan India. Sekiranya kedai yang dibina untuk perniagaan kecil hanya dikhaskan untuk orang Melayu adakah ia bererti orang lain tidak layak untuk berniaga.

Komen HRP: Kerajaan pimpinan UMNO harus merealisasikan slogan “1 Malaysia” dari semua aspek kepada semua kaum di Malaysia untuk menunjukkan keberkesananya daripada hanya mewar-warkannya tanpa sebarang tindakan susulan.

khas-utk-bumiputrakhas-utk-bumiputra-2

No comments: