Share |

Thursday 21 January 2010

7A dalam UPSR tetapi di ‘kelas belakang’

KUALA LUMPUR, 20 Januari - Pelajar India yang tamat persekolahan rendah di sekolah Tamil dan meneruskan pelajaran di sekolah menengah didapati dimasukkan ke kelas belakang. Menurut Thuraiyappa, Ketua PIBG Sekolah Tamil Ampang, beliau mengetahui bahawa keadaan ini turut melibatkan pelajar yang mendapat ‘7A’ dalam UPSR. Keputusan mereka dalam mata pelajaran Bahasa Tamil dan juga kesusasteraan Bahasa Tamil diabaikan sewaktu pengagihan pelajar dilakukan. Jadi pelajar sekolah Tamil yang mendapat ‘7A’ tidak digabung dengan pelajar sekolah lain yang mendapat ‘7A’ malah mereka digabung dengan pelajar yang mendapat ‘5A’. Bagi pelajar yang mendapat ‘5A’ pula, mereka dimasukkan ke dalam kelas majoriti yang mendapat ‘3A’. Sekiranya keadaan ini berterusan, para ibu bapa akan melupakan hasrat untuk menghantar anak mereka ke sekolah Tamil. Jadi ia boleh menyebabkan kemerosotan dalam angka kemasukan pelajar di sekolah Tamil pada masa hadapan. Pihak sekolah menengah harus memberi perhatian yang sewajarnya terhadap pelajar dan Bahasa Tamil di sekolah menengah.

tamil-subject2

tamil-subject-21

1 comment:

Anonymous said...

Yes, This also happened in my son's class. The SK students who score 3As are put together with the 7As students. Where else if you score 6As or less(in SJK) you are not counted for the first class.
What a shame. Is this satu Malaysia.