Share |

Tuesday, 25 August 2009

Satu Persoalan - Pecah Amanah oleh Kerjaan Negeri

Orang politik semuanya sama, kira kaum, kira wang, kira kuasa dan lepas kaut
semua, cuci tangan. Apa ertinya manifesto di Malaysia jika orang politik
pandai cakap tak serupa bikin...

Isu Kg Buah Pala boleh di tulis dalam sejarah kerana ia menjangkau masa 200
tahun, semasa orang putih bawa masuk orang India Selatan ke Malaysia dan
tidak boleh dinafikan korban generasi kaum ini untuk meredah hutan, menebang
dan membersihkan hutan yang kemudian jadi ladang dan seterusnya kampung.

Pemilik asal Kampung Buah Pala The Brown's Family semasa jual harta kekayaan
mereka dan pindah ke negara asal mereka di England, mereka telah mewasiatkan
secara wasiat amanah Kg Buah Pala kepada generasi penduduk Kg Buah Pala dan
keturunannya.

Dengan adanya wasiat ini yang bertarikh 1938 dimandatkan kepada Kerajaan
Inggeris sebagai pemegang/penjaga amanah pada masa itu maka Kg Buah Pala
adalah tanah milik kaum India Selatan yang telah menetap di kampung tersebut
sekian lama.

Apabila Malaysia Merdeka kerajaaan bertukar tangan dan tanah tersebut
amanahnya bertukar kepada Kerajaan Persekutuan, yang kemudian diwar warkan
bertukar tangan kepada kerajaan negeri sebagai penjaga amanah dan bukanya
pemilik.

Didalam satu keputusan mahkamah di Pulau Pinang diantara penduduk Kg Buah
Pala dg Koperasi Peg Kerajaan P Pinang YM hakim O'Hara telah mendapati tanah
ini bukan milk kerajaan negeri dan masih dibawah amanah Pengarah Tanah
Kerajaan Persekutuan dan dengan itu Kerajaan Negeri tidak ada hak untuk
menjual tanah kepada Koperasi.

Kerajaan BN pada masa itu telah pecah amanah dan demi kepentingan sendiri
telah menjadikanya sebagai tanah TOL dengan alasan memberi api letrik dan
air.

Penduduk Kg Buag Pala rata rata tidak berpendidkan tinggi, mereka setuju
bayar cukai TOL untuk mendapatkan letrik dan air.

Selang berapa tahun bayar kerajaan negeri berhenti kutip cukai TOL dan
dengan diam diam kategorikan tanah tersebut sebagai tanah setinggan.

Kerajaan Negeri kemudian meluluskan penjualan tanah tersebut kepada Koperasi
dengan adanya kepentingan maka harga yang disyorkan adalah 6.4 juta sahaja.

Kemudian, apabila kerajaan negeri perlu sebidang tanah milik Koperasi untum
meluaskan bangunan mahkamah, kerajaan negeri telah mengurangkan 50% harga
tanah Kg Buah Pala kepada 3.2 juta walhal tanah tersebut dianggarkan
mencecah lebih seratus juta.

Demi mengaut keuntungan Koperasi telah memajak kepada Nusmetro untuk di bina
Kondo Oasis sebelum selesai urusan jualan dan pidah milik tanah tersebut
yang sekali gus bertentangan dengan undang undang yang sedia ada.

Apabila Koperasi gagal bayar wang baki kepada kerajaan negeri maka urusan
jual beli tersebut telah terbatal dengan sendiri nya

dan kerajaan negeri perlu bersidang dan memberi kelusan baharu.

Pada masa ini kerajaan negeri bertukar tangan dan di terajui oleh Pakatan di
ketuai oleh Lim Guan Eng. Isu Kg Buah Pala jadi isu hangat dalam manifesto
mahu pun kempen pilihanraya oleh Pakatan Rakyat.

Ahli Pakatan berpusu pusu ke Kg Buah Pala menaburkan janji manis akan
megekalkan Kg Buah Pala sekiranya mereka menang pilihanraya. Bukti nya
banyak tersiar dilaman web dan youtube.

Semasa dalam pentadbiran ketua menteri Lim Guan Eng, baki wang jual beli
telah diterima dan geran tanah di berikan kepada Koperasi yang telah
gunakannya sebagai bukti sah dimahkamah sebagai pemilik berdaftar dan dengan
itu penduduk Kg Buah Pala telah kehilangan kuasa menyaman mereka "Locus
Standi". Siapa sebenarnya dalang disini?

Koperasi pula, walaupun terdapat syarat diatas geran tanah menyatakan tanah
tersebut tidak boleh dijual, dicagar atau dimajukan untuk tujuan keuntungan,
telah melanggar undang undang dan jual nya kepada Nusmetro untuk membina
Kondo mewah Oasis, terang terang melanggar undang undang yang sedia ada.

Persoalan nya sekarang :

1. Mengapa kerajaan negeri menerima baki wang sejumlah 3.2 juta pada
14/3/2008 walaupun kelulusan oleh Kerajaan Gerakan sebelumnya telah terbatal
dengan sendirinya kerana tempoh bayaran sudah tamat?

2. Mengapa pada 27/3/2008 kerajaan negeri telah keluarkan geran tanah
tersebut kepada Koperasi walaupun terdapat banyak percanggahan dan salah
laku oleh berbagai pihak?

3. Mengapa kerajaan negeri meluluskan "caveat" Numestro keatas geran
tersebut wal hal kerajaan negeri sendiri telah melapurkan kepada MACC bahawa
terdapat salah laku dalam transaksi penjualan tanah ini?

4. Memandangkan kerajaan negeri sendiri telah mendapati salah laku berlaku
mengaku meneruskan proses penjualan dengan mengeluarkan geran tanah?
Bukankah Sek 320 Kanun Tanah Persekutuan memberi kuasa untuk membatalkan
pemberian geran tanah tersebut sekiranya terdapat apa apa penyelewengan?

5. Mengapa kerajaan negeri tergesa gesa mengeluarkan geran tanpa tunggu
keputusan penyiasatan MACC?

6. Mengapa kerajaan negeri tidak mematuhi syarat syarat yang tertera di atas
geran tanah tersebut?

7. Mengapa kerjaan negeri luluskan penjualan ini tanpa mengira lunas lunas
undang undang? Tidak tahu kah syarat tanah di dalam perkara ini tidak boleh
di "caveat" kepada sesiapa?

8. Tidak tahu kah kerajaan negeri bahawa kehadiran Numestro menuntut tanah
tersebut salah disisi undang undang dan perkara tentang syarat syarat diatas
geran tidak diajukan kepada pengetahuan mahkamah sampai sekarang.

9. Mengapa kerajaan negeri memaksa penduduk Buah Pala menerima pampasan?

10. Adun Seri Delima - Rayer telah berjanji akan fail writ di mahkamah di
bawah sek 116(1)(d) untuk menghalang Numestro, apa jadi?

11. Apakah status Sek 116 (1)(d) sekarang?

12. Bukankah hak seseorang didalam kerajaan berdemokrasi untuk membawa
peguam sendiri untuk menguruskan hal hal perundangan mereka? Mengapa Lim
Guan Eng menghalang penduduk daripada menggunakan peguam sendiri semasa nak
berjumpa dengan beliau. Tidak kah ia bercanggah dg undang undang dan juga
manifesto kerajaan negeri?

13. Kerajaan negeri beria ia nak :"diklasifikasi" minit kelulusan kerajaan
sebelumnya, mengapa minit kelulusan mereka untuk menerima wang baki dalam
keadaan melanggar undang undang tidak di "diklasifikasi" untuk pameran umum?
Apa rahsianya?

14. Ada ura -ura (rumour) mengatakan Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak lagi
tinggal dirumah yang dibekalkan kerajaan negeri tapi sebaliknya tinggal di
rumah teman wanita pemilik Numestro? Betul atau tidak? Kalau betul sudah
tentu ada kepentingan peribadi ketua menteri didalam hal ini.

15. Perkara tersebut diatas cuma beberapa soalan yang menimbulkan keraguan
didalam pentadbiran kerajaan persekutuan sekarang, kerajaan negeri
sebelumnya dan kerajaan negeri sekarang yang harus di jawab dan
diperbetulkan dengan segera?

16. Kami sebagai rakyat Malaysia memerlukan satu Keraajaan yang telus dan
mematuhi undang undang.

Di harap persoalan yang terdapat diatas dapat perhatian rakyat Malaysia
umumnya supaya rakyat boleh memilih antara kerajaan yang mereka percaya akan
memberi manafaat kepada rakyat jelata tanpa kira kaum dan ugama.

Sekian.

No comments: