Sivagamidevi,
Kangkar Pulai
Johor 19/8/09
Unit Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri,
Putra Jaya
Tuan/Puan,
Per: Ibu Tunggal Yang Memerlukan Bantuan JKM
Berhubung dengan perkara di atas Puan Mariyayee A/P Ramasamy meminta pertolongan dari Jabatan Kebajikan kerana beliau merupakan seorang ibu tunggal di mana suaminya Encik.Kumar meninggal dunia pada 13/9/07 kerana sakit jantung.Semenjak dari itu Puan Mariyayee menghadapi pelbagai dugaan untuk membesarkan anak lelaki beliau yang berumur 11tahun.Malah anaknya yang bernama Sivaratnam kini di Tingkatan Satu terpaksa membuat kerja sambilan bagi memenuhi keperluan harian.
Bantuan dari Jabatan Kebajikan sedikit sebanyak memberi nafas baru bagi keluarga Puan Mariyayee.Harap pihak berkuasa segera menangani masalah keluarga ini.
Terima kasih.
Yang Iklas,
Devi
___________________________________________________________________
Sivagamidevi,
Kangkar Pulai,
Johor
Unit Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri,
Putra Jaya
Tuan/Puan,
Per ; Puan Vicneswary Yang Hidup Merana Bersama Dua Anak
Berhubung dengan perkara di atas Puan Vickneswary hidup merana sebagai ibu tunggal bersama dua anak yang masih sekolah.Beliau hidup penuh sengsara di mana sewa rumah serta tanggungan lain masih tidak dapat di selesaikan.Puan Vicneswary kini tinggal di rumah sewa yang beralamat NO 12 Jalan Sejahtera 16,Taman Desa,Skudai.
Harap Jabatan Kebajikan Johor segera menangani masalh ibu tunggal ini bagi membiaya sedikit sebanyak kos hidup keluarga ini.
Terima Kasih
Yang Adil,
Sivagami Devi
No comments:
Post a Comment