Share |

Sunday, 5 April 2009

Guna taktik kotor di Bukit Selambau, KeADILan kesal

(Hrkh) - Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) mengutuk usaha pihak-pihak tertentu yang cuba meburuk-burukkan calon mereka, S.Manikumar dalam kempen pilihan raya kecil Dun Bukit Selambau.

Dalam sidang media parti itu di Bangunan Yayasan Aman di sini semalam, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua mendedahkan penyebaran risalah tentang Manikumar yang ditemui di sekitar kedai-kedai diTaman Ria, Sungai Petani.

"KeADILan mengutuk keras kerja-kerja kotor ini yang dibuat oleh pihak-pihak yang tertentu tanpa menggunakan sebarang logo dan penerbit. Ini adalah satu pembohongan yang berniat untuk memburukkan imej calon kita dan menyebarkan fitnah.

"Mereka yang keluarkan risalah dengan tidak berani meletakkan simbol mana-mana pihak bukan sahaja melanggar undang-undang pilihanraya tapi ini juga satu taktik yang biasa digunakan semasa pilihanraya,"kata beliau.

Risalah yang dijumpai itu mempunyai gambar Manikumar dengan tajuk "Siapa Moneykumar" dan mendakwa beliau masih mentah, tiada pengalaman dan hanya mahuan duit.

Begitu juga, risalah tersebut mendakwa Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menolak calon Hindraf dan mereka adalah golongan "low class".

"Ini adalah satu fitnah yang cukup-cukup jahat. KeADILan dan Pakatan Rakyat sejak awal lagi menghormati pendirian dan perjuangan Hindraf. Mereka sebagai satu Badan Bukan Kerajaan yang cuba memperjuangkan nasib kaum India.

"Itu adalah satu perjuangan yang kita dokong, tapi kita tidak pernah memilih dan Hindraf juga tidak pernah mengemukakan calon secara rasmi. Kita juga berbincang dengan banyak pihak dan keputusan memilih calon itu adalah keputusan parti,"jelasnya.

Hadir sama dalam sidang media tersebut Pengarah Strategi KeADILan, Saifuddin Nasution Ismail dan Manikumar sendiri.

No comments: