(Sinar Harian) – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menyatakan bahawa beliau menyokong penuh usaha kerajaan negeri untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu.
Menurut Ku Li yang juga bekas menteri Kabinet, beliau percaya, Umno Kelantan juga menyokong penuh perkara itu kerana tidak membantah semasa pembentangan Rang Undang-Undang tersebut sebelum ini.
“Laksanalah kita sokong, saya tidak tentang.
“Masa Rang Undang-Undang itu dibentang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, kita tidak tentang, tidak ada masalah, mana mungkin kita hendak tentang hukum ALLAH,” katanya ketika ditemui Sinar Harian Online di lobi Parlimen hari ini.
Terdahulu, Kerajaan Kelantan menetapkan sasaran untuk menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) yang membawa kepada perlaksanaan hukum hudud pada 2015.
Ia berikutan kesediaan kerajaan pusat untuk memberi laluan kepada penguatkuasaan enakmen tersebut, sebagaimana jawapan diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Parlimen, baru-baru ini.

No comments:
Post a Comment