Share |

Monday 23 December 2013

Ku Li minta subsidi dihapus berperingkat

Katanya monopoli syarikat mesti dihalang supaya harga barangan tidak dikawal oleh syarikat berkenaan.

PETALING JAYA: Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, subsidi kepada rakyat perlu dihapuskan secara berperingkat.

Untuk itu, katanya monopoli syarikat mesti dihalang supaya harga barangan tidak dikawal oleh syarikat berkenaan.

“Tetapi kerajaan mesti memastikan barangan cukup dan sampai kepada pengguna,” katanya.

Sementara itu, beliau bimbang mengenai penglibatan orang Melayu dalam ekonomi.

Katanya, bilangan penjawat penting dalam sektor korporat menurun dengan sangat signifikan.

Beliau menambah, orang Melayu belum dapat menerajui Felda.

Menurutnya, industri produk halal yang besar juga difahamkan dikawal oleh bukan Melayu.

“Sangat mendukacitakan apabila pemilik asal beberapa syarikat orang Melayu yang sudah berjaya akhirnya menjadi pekerja kepada syarikat baru,” katanya ketika merasmikan persidangan tahunan Perkasa hari ini.

Menurut Tengku Razaleigh ia tiada kaitan dengan isu perkauman atau hak Melayu dinafikan tetapi merupakan tidak mampu bertahan dalam perniagaan.

`Tidak boleh salahkan orang lain’

“Orang Melayu tidak boleh menyalahkan orang lain kalau mereka masih tidak berjaya,“katanya.

Beliau juga berkata, untuk masa akan datang kesamarataan dalam penguasaan ekonomi merupakan kunci perpaduan kaum.

Katanya, hak dan keistimewaan orang Melayu harus difahami dan dipertahankan.

“Ianya tidak boleh diganggu gugat,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Tengku Razaleigh meminta ahli Perkasa menjaga disiplin.

Katanya, mereka mesti melihat isu dengan lebih mendalam berdasarkan hak dan bukan emosi.

No comments: