Najib mesti memilih anggota kabinet di kalangan mereka yang hidup tidak mewah dan tidak salah guna kuasa.
PETALING JAYA: Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak hendaklah mengutamakan isu-isu yang rakyat tidak puas hati seperti dalam isu ketelusan dan kebertanggungjawaban.
Menurutnya, Najib mesti memilih anggota kabinet di kalangan mereka yang hidup tidak mewah dan tidak salah guna kuasa.
“Kabinet baru ini mesti mencari punca kenapa rakyat tidak puas hati,” katanya.
“Sekarang rakyat tidak macam dulu, sokongan merosot, undi popular tidak memihak. Kabinet mesti cari isu-isu yang rakyat tidak puas hati.” tambahnya ketika dihubungi hari ini.
Bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, beliau tidak menaruh harapan kepada Najib.
“Tiada harapan apa apun kepada Najib,” katanya ringkas tampa mahu mengulas lanjut.
Najib dijangka membentuk kabinet esok, tetapi beliau berjanji meneruskan agenda tranformasinya.
Manakala ahli parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad berkata, Perdana Menteri akan memilih orang terbaik untuk mengganggotai kabinetnya.
“Najib kenal semua orang, dia akan pilih yang terbaik. Perdana Menteri juga berjiwa rakyat,” kata muka baru ahli parlimen itu.
Barisan Nasional pimpinan Najib menang 133 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum Ahad lalu.
Pakatan Rakyat pula pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat 89 kerusi tetapi menuduh pilihan raya yang curang dan berlaku penipuan oleh Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR).

No comments:
Post a Comment