Share |

Tuesday, 19 March 2013

Bugis mahu taraf bumiputera

Masalah yang dihadapi ialah bagaimana hendak membezakan antara orang Bugis yang telah lama menetap di Sabah dengan yang baru datang?

PETALING JAYA: Rakyat Sabah mahu kerajaan berhati-hati sebelum memberi taraf bumiputera kepada kaum Bugis yang sangat ramai di kawasan Tawau dan sekitanya, kata seorang aktivis masyarakat, Nadroid Sabian.

Beliau mendakwa orang Bugis mahukan statusnya kerana mahu mendapat keistimewaan sebagai pribumi.

“Ini yang mereka inginkan…mereka sedang berusaha untuk mendapatkan taraf tersebut.

“Mungkin orang Bugis yang telah lama berada di Sabah boleh dipertimbangkan tetapi bagaimana yang baru datang?” katanya beliau lagi.

Orang Bugis yang datang ke Sabah merupakan komuniti yang berasar dari Sulawesi, Indonesia.

Bagaimanapun, menurut mereka dalam keadaan sekarang seperti pencerobohan pengganas Sulu, sangat wajar kerajaan membuat tapisan sebelum memberikan mereka taraf bumiputera.

Kaum Bugis di Tawau banyak menjalankan aktviti perniagaan secara kecil-kecilan.

“Masalah yang dihadapi ialah bagaimana hendak membezakan antara orang Bugis yang telah lama menetap di Sabah dengan yang baru datang?

“Adakah pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan untuk memastikan mereka mempunyai kad pengenalan atau pasport yang sah,” tanya beliau lagi.

6 comments:

Anonymous said...

Di Sabah, masyarakat Bugis masih tidak diiktiraf sebagai Bumiputera, atau lebih tepat Bumiputera Islam Sabah. Jika di Semenanjung Malaysia, sama ada orang Bugis, Jawa, Banjar, Arab dan seumpamanya semuanya dikategori sebagai Melayu. Dan mereka dikategorikan juga sebagai Bumiputera.

Anonymous said...

Seorang Sarjana Belanda, telah menulis di dalam Thesisnya mengenai Pentadbiran Awal Belanda di Borneo, menulis, bahawa wilayah-wilayah Tawau hingga ke Semporna pernah diperintah dan ditadbir oleh dua bangsa yang utama iaitu suku Bajau di kawasan Semporna dan suku Bugis di wilayah Tawau. Katanya, kerajaan Penjajah Belanda terpaksa memohon izin Penggawa Bugis di Tawau sebelum mereka bertapak, berniaga dan berurusan. Peristiwa ini berlaku sebelum British menjajah North Borneo lagi.

Anonymous said...

Semasa UMNO Sabah mula-mula bertapak di Sabah, penulis yang ketika itu Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg Pertama Bombalai, Tawau, Sabah telah memasukkan usul dalam Mesyuarat Cawangan dan Bahagian supaya masyarakat Bugis, Banjar, Tidung, Suluk, Bajau dan sebagainya yang beragama Islam, yang bertutur dalam bahasa Melayu dan berbudaya Melayu supaya diiktiraf sebasgai Melayu dan digazetkan oleh Kerajaan Sabah sebagai Bumiputera.

Anonymous said...

Hang semua bodoh kah? Kalau Bugis = Bugisputra; Banjar = Banjarputra; Tidung = Tidungputra; Suluk = Sulukputra macam mana boleh jadi Bumiputra?

mantera said...

kena kaji sebaiknya sebelum beri status bumiputera

mantera said...

bumiputera hnya untuk penduduk asal Sabahan