Mereka memang berniat untuk mengganggu dan menggagalkan program tersebut, kata Ketua Penerangan PKR negeri, Hairiz Nordin.
JASIN: PKR mengecam tindakan ‘samseng’ Umno yang menganggu tiga program Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Melaka Perdana, Alor Gajah, petang semalam.
Tiga program tersebut ialah di Alor Gajah, Jasin dan Tanjung Keling, kata Pengarah Pilihanraya PKR Melaka, Mohd Yusof Abdullah.
Di pesta Ponggal di Alor Gajah, lebih 30 samseng berkumpul kira-kira 50 meter dari tapak program dan menaikkan sepanduk provokasi serta memaki hamun dengan kata-kata kesa.
“Mereka memang bernait untuk menganggu dan menggagalkan program tersebut,” kata Ketua Penerangan PKR negeri, Hairiz Nordin.
Bagaimanapun, kata Hairiz tidak ada kejadian buruk berlaku kerana penyokong Pakatan Rakyat tidak menghiraukan provokasi mereka.
Tetapi, katanya, apa yang memalukan ialah program anjuran PKR ini dibuat di rumah individu dan tidak menganggu orang awam.
“Pihak kami juga sudah mengadakan perbincangan dengan pihak polis mengenai program tersebut dan difahamkan polis telah memberitahu kumpulan berkenaan supaya jangan membuat sebarang gangguan,” katanya.
Manakala Mohd Yusof menegaskan, gangguan berterusan terhadap program pembangkang menunjukkan mereka takut kebangkitan rakyat Melaka.
Katanya, sebelum ini program PKR Jelajah Merdeka juga diganggu di Melaka.

No comments:
Post a Comment