Ia sudah dua minggu, di mana mendiang sudah sepatutnya diberikan upacara terakhir tetapi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat masih lagi menggunakan mendiang bagi tujuan politik, kata Mohan.
KUALA LUMPUR: Pemuda MIC hari ini mengutuk tindakan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang sengaja mempolitikkan kematian pengawal keselamatan C Sugumaran.
Ketua Pemuda T Mohan berkata, MIC berasa kesal di atas kematian Sugumaran dan berharap bahawa punca sebenar kematian dapat dikenal pasti dan sekiranya terdapat elemen jenayah, pihak yang bertanggungjawab hendaklah dihadapankan ke muka pengadilan.
Dalam satu kenyataan media, Mohan menyelar tindakan pemimpin-pemimpin Pakatan kerana masih terus mempolitikkan kematian Sugumaran.
“Walaupun pihak polis telah memberi kebenaran untuk bedah siasat kali kedua ke atas Sugumaran, namuh begitu namun peguam-peguam dari Pakatan Rakyat yang mewakili keluarga si mati ternyata masih bermain politik memandangkan PRU-13 akan diadakan pada bila-bila masa,” katanya.
Sugumaran, berkerja sebagai pengawal keselamatan di Kajang, Selangor meninggal dunia pada 23 Januari lalu ketika pihak polis cuba memberkasnya.
Di atas permintaan pihak polis, Pejabat Peguam Negara pada 29 Januari 2013 telah memberi kebenaran supaya satu inkues diadakan bagi mengenalpasti punca sebenar kematianya.
“Selain itu, pihak polis juga pada 31 Januari lalu telah memberi kebenaran kepada keluarga mendiang untuk melantik seorang pakar bebas bagi menjalankan bedah siasat kali kedua bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.”
“Tetapi, tindakan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat melambatkan bedah siasat kedua oleh pakar bebas adalah amat mencurigakan kerana motifnya adalah untuk meraih simpati dan juga mengelirukan masyarakat India,” kata Mohan.
“Ia sudah dua minggu, di mana mendiang sudah sepatutnya diberikan upacara terakhir tetapi pemimpin-pemimpin pakatan Rakyat masih lagi menggunakan mendiang bagi tujuan politik,” tambah beliau.
Mohan juga berkata pemuda MIC juga kesal kerana pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah menolak inkues yang dicadangkan.
Kami percaya bahawa inkues ke atas kematian Sugumaran penting bagi mengenalpasti punca kematian, tambah Mohan.

No comments:
Post a Comment