Share |

Friday, 23 November 2012

81,950 rakyat M’sia lepaskan kewarganegaraan

Dalam setahun, Malaysia secara purata kehilangan kira-kira 4,097 rakyatnya.

Sekitar Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Seramai 81,950 rakyat Malaysia dikesan melepaskan taraf kewarganeraan mereka sejak tahun 1992, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Ini menjadikan purata Malaysia kehilangan rakyatnya kira-kira 4,097 orang dan menjadi warganegara luar dalam setahun.

Jumlah itu dinyatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berikutan persoalan yang dibangkitkan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) mengenai jumlah bilangan rakyat yang telah melepaskan kewarganegaraan mereka dalam tempoh 20 tahun lalu.

No comments: