Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail menyindir Umno berhubung usaha parti itu mengubah suai bas dua tingkat.
SEREMBAN: Presiden PKR, Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail menyindir Umno dengan mengesyorkan Umno mengubah suai sendiri sebuah bas seperti mana PKR mengubahsuai sebuah bas dua tingkat untuk program ‘Jelajah Merdeka Rakyat’.
Wan Azizah berkata demikian di sebuah ceramah sempena siri lawatan ‘Jelajah Merdeka Rakyat’ peringkat Negeri Sembilan di Rantau malam kelmarin (Jumaat).
“Kalau cemburu dengan bas kami, buat bas sendiri. Letak gambar Najib (Perdana Menteri) besar-besar ke tepi bas. Ini ‘attack’ (serang) bas.
“Apa dah jadi dengan Nilai 3? Macam belon lepas. Hari ini orang datang ke Nilai 3 hanya kalau ada majlis perkahwinan untuk beli barang-barang hantaran dan ‘door gift’.
“Bagaimana dengan ‘Vision’ (Wawasan) 2020? Sudah 54 tahun Barisan Nasional (BN) tidak buat perubahan,” katanya.
Wan Azizah turut mengumumkan penggunaan pentas bergerak lengkap dengan sistem PA dan lampu yang diubahsuai menggunakan sebuah lori treler.
“Negeri Sembilan merupakan lokasi pertama kami menggunakan ‘pentas bergerak-lori treler’ yang baru dilancarkan pagi tadi.
Kalau keputusan PRU13 (Pilihan Raya Umum ke 13) lewat, tanda Pakatan Rakyat menang.
Tanda Pakatan menang
Sementara itu Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim pula memberi indikasi kepada lebih 1,000 hadirin bagaimana hendak mengetahui bahawa Pakatan berjaya membentuk kerajaan pusat pada PRU13 nanti.
“Najib tidak boleh lari. Dia perlu bubar parlimen. Kalau tidak November atau Disember tahun ini, perlu bubar dalam bulan Januari, Februari atau Mac tahun depan.
“Saudara mesti tengok televisyen untuk mengetahui keputusan PRU13 nanti.
“Kalau Umno menang, pukul 9.00 malam sudah dapat keputusan PRU13.
“Tapi kalau jam sudah menunjukkan pukul 12.00 malam, 1.00 pagi atau 2.00 pagi, tetapi keputusan
PRU-13 masih juga tidak keluar-keluar, maka itu tanda Pakatan sudah membentuk kerajaan pusat yang baru,” kata Anwar yang disambut dengan tepukan gemuruh oleh orang ramai yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.
Anwar turut menyelar tindakan Utusan Malaysia dan TV3 yang tidak habis-habis menyerang beliau dengan fitnah seperti orang ‘gila talak’.
“Siang malam maki saya. RM3 bilion lah, betina lah dan macam-macam fitnah lagi.
“Dulu ada wanita ditangkap di Pahang kerana minum arak.(keluar dalam semua media).
“Ya, sebagai orang Islam kita latih anak-anak kita jangan minum arak kerana ianya haram dan punca kepada segala maksiat.
Kilang arak
“Sekarang saya nak tanya. Mana dia? Pernah saudara baca dalam Utusan Malaysia, The Star, New Straits Times, RTM atau TV3; bahawa keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pegang syarikat arak San Miguel?
“Bukan satu botol, bukan satu kilang tapi satu syarikat arak, keluarga dia pegang. Ada orang berani tegur? Mana dia Ustaz Umno?,” tanya Anwar.
Anwar juga mengulangi janji beliau jika Pakatan berjaya membentuk kerajaan pusat, dalam masa 24 jam, beliau akan umumkan penurunan harga minyak.
“Saya tidak bohong. Insya-Allah, God willing, dalam masa 24 jam saya akan umumkan penurunan harga minyak.
“Kalau tahun ini PRU, Insya-Allah tahun ini juga kita akan batalkan hutang PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).
“UMNO kata negara akan bankrap, kita sama-sama tengok negara akan bankrap atau tidak. Beritahu saya mana satu negara dalam dunia yang pernah bankrap kerana menolong rakyat di negara tersebut?
“Negara bankrap kerana rasuah dan ketirisan itu ada,” jelas Anwar

No comments:
Post a Comment