20 SEPT — “I’m bad with numbers — so I can’t tell you if it
was 100,000 people. It certainly was very easily in the tens of
thousands. Also pretty difficult to tell when the whole stretch of the
road from Dataran Merdeka to the National Mosque was an ocean of people,
they were spilling into the side streets, and in the mosque compound,
in the nearby Pusat Islam compound.” — Sabri Zain
Tanggal 20 September 14 tahun lepas mengubah banyak hal di Malaysia. Mahu tidak mahu fakta ini harus diakui. Seluruh rakyat Malaysia terkesan. Tanggal 20 September tercatat sebagai detik hitam dalam sejarah Malaysia apabila Anwar Ibrahim ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri setelah bersama puluhan ribu rakyat berhimpun di Dataran Merdeka dan Masjid Negara. Walaupun Anwar dipecat pada 2 September, bagi banyak orang 20 September dianggap tanda mula kebangkitan.
“Tidak hari ini, minggu depan. Tidak minggu ini, minggu depan, tidak bulan ini bulan depan, tidak tahun ini, tahun depan, lawan tetap lawan.”
Empat belas tahun berlalu, itulah kata keramat yang sering dilaung Anwar Ibrahim dan kekal tersemat di tubuh para pejuang buat azimat perjuangan yang entah bila akan menuai hasil. Apa yang pasti perjuangan berliku-liku dan memerlukan daya tahan yang luar biasa. Melihat kembali, 14 tahun terasa pendek dan dengan pencapaian sehingga kini, tabik saya berikan kepada semua yang konsisten dalam perjuangan. Kejayaan sepertinya semakin hampir tetapi jangan dilupa ia boleh menjauh seandainya terlalu angkuh. Berikut adalah peristiwa-peristiwa penting yang menurut saya mencatur perjalanan reformasi hingga kini.
Oktober 1998 — perhimpunan mingguan di Sogo dan sekitar Jalan TAR. Saya sempat menghadiri beberapa walaupun akan mengambil SPM penghujung tahunnya. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan banyak membentuk sikap saya seterusnya.
24 Oktober 1999 — PAS, DAP, Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) membentuk Barisan Alternatif. Pertama kali dalam sejarah DAP dan PAS berada dalam satu gabungan politik.
4 April 1999 — Parti Keadilan Nasional dilancarkan.
14 April 1999 — Anwar Ibrahim dihukum penjara 6 tahun atas empat pertuduhan rasuah. Lantas digelar “Black 14”.
19 September 1999 — Perhimpunan di Masjid Negara berkait dakwaan Anwar Ibrahim diracun dengan arsenik sewaktu dalam tahanan polis. Perhimpunan terbesar selepas 20 September 1998 menggegarkan Kuala Lumpur dan berakhir rusuh.
29 November 1999 — Pilihanraya umum yang ke 10. Terengganu jatuh ke tangan PAS dan Kelantan terus gagal dirampas Umno-Barisan Nasional. Keputusan yang menurut saya anti-klimaks kepada parti pembangkang yang bergabung di bawah Barisan Alternatif melihatkan api kemarahan rakyat sebelumnya sangat meluap-luap. Umno terjejas di banyak kawasan akibat peralihan undi Melayu kepada PAS dan PKN. Umno diselamatkan oleh pengundi Cina dan India yang barangkali masih takut dengan momok 13 Mei dan terpengaruh dengan idea tentang kestabilan yang dicanang saban masa. Kesimpulannya reformasi gagal menarik sokongan bukan Melayu.
5 November 2000 — Perhimpunan 100,000 rakyat yang sepatutnya diadakan di Kampung Jalan Kebun, Klang tetapi disekat polis akhirnya menjadi detik bersejarah apabila Lebuhraya KESAS menjadi lokasi pertama demonstrasi di lebuhraya. Ribuan berarak di Lebuhraya KESAS menuju tempat berkumpul berhampiran Plaza Tol Kemuning dan menyeru Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad untuk berundur. Seperti lazim, perhimpunan berakhir kecoh apabila FRU menyembur air asid dan gas pemedih mata bagi menyuraikan peserta.
29 November 2000 — Pilihanraya kecil Lunas dimenangi calon Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail mengalahkan calon BN, S. Anthonysamy. Kemenangan ini diharap dapat mengekalkan momentum reformasi supaya terus subur.
14 April 2001 — Perhimpunan “Black 14” tahun 2001 diadakan di perkarangan Suhakam. Beberapa hari sebelum itu 10 aktivis ditahan di bawah ISA; Tian Chua, Mohammad Ezam Mohd Nor, Saari Sungib, N. Gobalakrishnan, Hishamuddin Rais, Raja Petra Kamarudin, Abdul Ghani Harun, Dr Badrul Amin Baharom, Lokman Adam dan Badaruddin Ismail. Menurut saya penangkapan ini telah sedikit sebanyak meruntuhkan momentum reformasi yang diakibatkan perbezaan pandangan yang muncul setelah pembebasan mereka. 21 September 2001— Barisan Alternatif bubar dengan pengunduran DAP akibat sengketa dengan PAS berkaitan isu negara Islam.
3 Ogos 2003 — Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia bergabung menubuhkan Parti Keadilan Rakyat.
21 Mac 2004 — Keputusan pilihanraya umum ke 11 adalah kiamat kecil kepada parti pembangkang apabila Umno-BN menang besar dan berjaya merampas semula Terengganu serta hampir menguasai Kelantan. Aktivis dan parti pembangkang masing-masing berpecah belah.
2 September 2004 — Anwar Ibrahim dibebaskan. Semangat baru bertiup semula.
7 Januari 2007 — Mood rakyat dibangkitkan semula dengan menggelar perhimpunan anti tol di Sunway Pyramid.
4 Februari 2007 — Agenda meniup semangat diteruskan dengan perhimpunan anti tol di IOI Mall, Puchong.
10 November 2007 — Mood rakyat berjaya dibangkitkan dengan jaya pada Perhimpunan Bersih menuntut pilhanraya bersih dan adil apabila sekitar 30,000 rakyat turun ke Kuala Lumpur.
8 Mac 2008 — Pilihanraya ke 12 adalah detik bersejarah apabila parti pembangkang yang bertanding tanpa bergabung dalam satu koalisi berjaya menumbangkan Barisan Nasional di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak serta mengekalkan Kelantan. Majoriti 2/3 Barisan Nasional juga berjaya dinafikan.
1 April 2008 — Pakatan Rakyat yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP ditubuhkan dan membentuk kerajaan di 5 buah negeri.
14 April 2008 — Black 14 dirayakan dengan suasana berbeza apabila Anwar Ibrahim secara rasminya kembali aktif di dalam politik Malaysia. Puluhan ribu memadati Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru.
26 Ogos 2008 — Anwar Ibrahim kembali terpilih sebagai Ahli Parlimen setelah memenangi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.
1 Ogos 2009 — 20,000 menyertai Perhimpunan Anti-ISA di Kuala Lumpur. Masih didominasi Melayu.
9 Julai 2011 — Perhimpunan Bersih 2.0 disertai sekitar 30,000 rakyat dan mulai disertai banyak kaum bukan Melayu.
28 April 2012 — Perhimpunan Bersih 3.0. Kemenangan rakyat apabila puluhan malah mungkin ratusan ribu rakyat berbilang bangsa turun ke jalan raya di Kuala Lumpur menyatakan tuntutan menuntut pilihanraya bersih dan adil. Bukan sahaja di Kuala Lumpur, Bersih 3.0 turut diadakan di bandar-bandar lain di Malaysia seperti George Town dan Johor Baru serta lebih 80 kota di seluruh dunia.
20 September 2012 — Perjuangan berterusan dan syukur dimensinya lebih luas serta merentas kaum dan agama.
Bulan-bulan mendatang menjelang pilihanraya umum ke 13 merupakan saat-saat penting untuk negara kita. Pilihan di tangan kita untuk mencatur Malaysia seperti apa; Ketuanan Melayu? Ketuanan Islam? Ketuanan Cukong? Ketuanan Rakyat? Semoga 15 tahun “20 September” pada 2013 akan dirayakan dengan semangat kemerdekaan dan kebebasan yang baru serta semangat persaudaraan bangsa Malaysia yang lebih utuh.
* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

No comments:
Post a Comment