Wakil Suaram menggesa agar polis yang mengganas bertindak diluar etika juga disiasat dan mereka perlu dihakimi dengan adil.
KUALA LUMPUR: Kumpulan Pro-Mahasiswa hari ini menafikan penuntut yang menyertai perhimpunan Bersih 3.0 mencetuskan kekecohan, sebaliknya kekecohan itu datang daripada polis.
Kumpulan itu sebaliknya bersedia memberi kerjasama tampil selepas polis mengeluarkan 49 gambar peserta yang disyaki mencetuskan kekecohan.
Ini berikutan respon Kementerian Pengajian Tinggi menggesa 22 penuntut yang gambar mereka disiar polis berhubung Bersih 3.0 Sabtu lepas tampil bantu siasatan polis.
“Kita akan bersama mahasiswa menentang apa jua pertuduhan yang akan dikenakan terhadap mereka termasuk menyediakan bantuan guaman,” kata wakil Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Ahmad Syukri Razab.
Beliau bagaimanapun mahu polis bertindak adil dengan mengenakan tindakan tegas terhadap anggota yang bertindak ganas terhadap peserta Bersih 3.0.
“Siasat juga polis yang mengganas bertindak diluar etika dan mereka perlu dihakimi dengan adil. Polis jangan berat sebelah,” katanya kesal.
Sementara itu, beberapa pelajar mewakili kunpulan Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP), Kelab Mangsa PTPTN, Gamis, Dema, SMM akan mengeluarkan satu modul menuntut beberapa perkara supaya pendidikan dapat diberikan secara percuma dan memansuhkan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).
Antaranya mendesak supaya mengharamkan penglibatan pegawai tinggi kerajaan dan menteri menjadi pengarah kolej swasta, selain mahu pembinaan kolej swasta baru dibekukan.
Pengerusi SMM Safwan Anang berkata pihaknya berusaha untuk memperoleh sokongan beberapa kumpulan mahasiswa lain seluruh negara sebelum diberikan kepada kerajaan dan pembangkang untuk diteliti.
“Ini konsensus kami. Kalau tak terima kita akan lawan balik,” katanya yang tidak menolak kemungkinan akan mengadakan demonstrasi lagi sekiranya suara mereka tidak didengari.

No comments:
Post a Comment