Share |

Tuesday, 22 May 2012

The ‘Petty Trader’ and ‘his Ferrari’

The so-called Kuala Lumpur Petty Traders Action Council, representing 60 traders, is organising an anti-Bersih bazaar outside Ambiga’s house. The group’s leader is pictured leaning against ‘his Ferrari’ (according to Utusan) – or is it a Lamborghini? (I’m hopeless with cars.) Some petty trader.
Jamal
Jamal Md Yunos with 'his Ferrari' - Photograph: Utusan
Apart from the Sekinchan Ikan Bakar Restaurant, Jamal is involved with IBM Automobiles Sdn Bhd, which deals in foreign cars.

Have a look at these flashy (in more ways than one) 2010 birthday photos here. Not bad for a petty trader.

From Utusan on 3 September 2011:
KUALA LUMPUR 2 Sept. – “Semakin susah sesuatu itu untuk diperolehi, semakin teruja saya untuk berusaha mendapatkannya”.
Itulah ungkapan yang sering menjadi dorongan kepada Pengasas Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB), Datuk Jamal Md. Yunos untuk menjadi salah seorang usahawan muda berjaya di Malaysia.

Walaupun pernah merasai detik hitam apabila gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) satu masa dahulu, namun ianya sama sekali tidak pernah mematahkan semangat anak kelahiran Sekinchan di Kuala Selangor tersebut.
“Saya dilahirkan dalam keluarga susah dan naluri untuk berniaga lahir dengan sendiri tanpa didorong oleh sesiapa.
“Siapa sangka bermula dengan perniagaan pertama iaitu menjual buah mangga yang diperoleh dari pohon di hadapan rumah ketika berusia lapan tahun, saya mampu mempunyai 25 buah syarikat pada usia 40 tahun,’’ katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Namun begitu, katanya, kejayaan tersebut bukan datang bergolek tetapi diuji terlebih dahulu dengan pelbagai dugaan yang banyak mematangkan pemikiran sehingga melangkaui usianya yang baru menjangkau 17 tahun ketika berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1987.
Katanya, setelah gagal menyesuaikan diri dengan pekerjaan makan gaji, beliau memberanikan diri untuk menjalankan perniagaan sendiri dengan menjual burger di pasar malam walaupun ketika itu kawasan tersebut dikuasai peniaga asing khususnya dari Indonesia sehingga rakyat tempatan terpaksa mengalah.
“Saya pernah dibelasah oleh sekumpulan perniaga asing kerana berebut tapak pasar malam di Kuala Lumpur dan parutnya masih kekal di kening sebelah kanan hingga hari ini.
“Bagi saya tempat yang strategik untuk berniaga adalah tempat yang paling susah untuk diperolehi, oleh itu saya mempertaruhkan nyawa saya untuk memperolehnya dan akhirnya berjaya berkat sokongan rakan-rakan,” katanya.
Jamal berkata, prinsip perniagaan saya adalah tidak akan pernah berpuas hati dengan apa yang sudah diperolehi dan berusaha untuk meningkatkannya walaupun dianggap mustahil oleh orang lain.
“Jika kita dapat RM100 pada minggu ini, kita perlu berusaha untuk mendapatkan RM200 kemudian RM300 sehingga RM1,000 pada minggu-minggu berikutnya,” ujarnya.
Jamal berkata, pengalaman bergelut untuk hidup sendiri di bandar raya Kuala Lumpur telah banyak memberi pengalaman yang berguna dan banyak mempengaruhi setiap keputusan perniagaan yang dibuat.
Katanya, hidup di Kuala Lumpur kita perlu peka menghidu peluang dan pantas membuat sebarang keputusan kerana persaingan yang sangat kuat.
“Jika hati kita berkata ya kepada sesuatu, teruskan. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Jangan takut untuk gagal kerana tiada kejayaan tanpa disulam kegagalan,” nasihatnya kepada usahawan muda yang ingin mengecapi kejayaan.
Sementara itu, matlamat terakhir beliau sebelum mengundurkan diri daripada dunia perniagaan pada masa depan adalah memastikan nama Sekinchan terkenal seperti Langkawi di peta Malaysia dan dunia.
Katanya, untuk merealisasikan idea tersebut, nama Sekinchan perlu menjadi sebutan ramai dan tertera di merata tempat meliputi industri makanan dan minuman, pelancongan dan pelbagai lagi.
“Mewujudkan label Sekinchan dan mempromosikan namanya di seluruh dunia adalah impian saya dan ianya bukan angan-angan kosong. Saya akan buktikan!” tegasnya ketika mengakhiri perbualan.

No comments: