Hamza Kashgari adalah saudara kita. Dia bukan ayam untuk makanan dan sembelihan kalian.
Oleh Afiq M Noor
Sewaktu artikel ini ditulis, saya tidak pasti apakah nasib Hamza Kashgari. Sudah lebih dua minggu beliau dihantar pulang (dideportasi) secara tidak sah ke Arab Saudi oleh kerajaan Malaysia.
Penghantaran pulang secara tergesa-gesa dan tidak menurut lunas-lunas perundangan ini sudah pasti menimbulkan banyak tanda tanya, tambahan apabila ia melibatkan dua negara yang menjadi anggota Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Sungguh memalukan. Namun tidak ada yang mustahil bagi Malaysia dan Arab Saudi yang sememangnya terkenal sebagai negara yang paling tidak menghormati hak asasi manusia.
Mereka senang sekali memberi alasan kononnya untuk menjaga hubungan diplomatik antara negara dan isu agama maka Hamza Kashgari harus dikorbankan.
Lewat isu penghantaran pulang Hamza Kashgari, ramai rakan-rakan Muslim saya (samada di dalam status Facebook dan Twitter) mengucapkan tahniah dan menyokong tindakan Malaysia mendeportasi beliau.
Sudah bertaubat
Kononnya kerana beliau telah melakukan satu jenayah yang maha besar, iaitu menghina Rasulullah S.A.W. Hamza Kashgari juga dituduh dan difatwakan sebagai murtad dan hanya hukuman bunuh yang layak untuk beliau meskipun beliau telah bertaubat dan memadamkan tweet tersebut.
Hamza Kashgari bukanlah orang pertama yang dituduh sebagai murtad. Dr Nasr Hamid Abu Zaid, seorang Profesor Bahasa Arab dari Universiti Kaherah juga pernah dituduh sebagai murtad kerana pandangan dan kecenderungan beliau terhadap falsafah hermeneutika dalam memahami Al Quran.
Beliau hidup dalam buangan, dipaksa untuk berpisah dengan isterinya kerana para Islamis menganggap beliau sesat, murtad dan perlu dihukum mati kerana kononnya telah mempersendakan Al Quran.
Tokoh-tokoh ilmuan Islam lain yang dituduh murtad termasuk Abu Hayyan Al Tauhidi, Muhammad Bin Abdulkarim Bin Ahmad, pengarang kitab tafsir Nuzhum Al Dhurur Fi Tanasub Al Ayat Wa Suwar, Ibrahim Bin Umar Bin Hasan Rabath, Shadaqah Bin Al Husin dan Lisanuddin Bin Khattib.
Sekadar menyebut beberapa nama yang masyhur dari kalangan ilmuan Islam yang turut dituduh sebagai murtad bahkan ada di antara mereka yang mati dibunuh. Ternyata virus memurtadkan dan menghalalkan darah sesama Muslim bukanlah sesuatu yang aneh dan jarang-jarang berlaku. Tidak keterlaluan untuk saya sifatkan ia sebagai trend para ulama dan Muslim yang ekstrim apabila berhadapan dengan pemikiran yang asing dan janggal bagi mereka.
Ternyata kita senang sekali menggambarkan wajah Islam sebagai agama yang bengis, tidak toleran dan tidak berperikemanusiaan.
Seolah-olah pilihan kita hanya dua; anda memilih kami; atau darah anda halal bagi kami. Dan inilah yang terjadi kepada Hamza Kashgari.
Siapa kita untuk menghukum Hamza?
Sepanjang pengetahuan saya, tidak ada satu pertuduhan rasmi atau keputusan dari mana-mana mahkamah di Arab Saudi yang menghukum Hamza Kashgari bersalah kerana menghina Rasulullah S.A.W. dan telah terkeluar dari agama Islam (murtad). Lalu atas
sangkaan jahat apa kita berani menjatuhkan hukum dan memfatwakan beliau sebagai murtad?
Prinsip umum ‘common law’ bahawa seseorang itu bebas dari kesalahan sehingga dibuktikan sebaliknya ternyata tidak lari dari kaedah
Fiqh : Al Asl Baraah Al Zimmah yang bermaksud, asal seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.
Sekiranya diaplikasikan di dalam kes Hamza Kashgari – beliau tidak bersalah atas apa-apa pertuduhan melainkan dibuktikan sebaliknya oleh mahkamah.
Justeru, saya hairan dengan sikap ekstrim ulama-ulama di Arab Saudi dan Malaysia yang dengan senang hati dan terburu-buru menghukum murtad anak muda yang berusia 23 tahun ini tanpa bukti.
Saya juga yakin mereka tidak pernah berjumpa dengan Hamza Kashgari atau menelefon beliau bagi mendapatkan kepastian dan mendengar sendiri penjelasan beliau. Mujur Allah S.W.T. tidak ‘outsource’ kuasa kepada mereka untuk menentukan nasib kita di akhirat.
Phew!
Kebebasan untuk berpendapat
Saya sentiasa percaya kepada kebebasan untuk berpendapat, termasuk di dalam isu-isu agama sebagaimana yang telah dijamin oleh Al Quran. Kita boleh mempunyai pandangan yang berbeza dalam sesuatu isu, tapi hidup dalam suasana harmoni dan hormat menghormati.
Setiap pendapat yang kita percaya perlulah mempunyai basis atau asas yang benar.
Seringkali kita mendengar rakan-rakan kita yang menyokong hukuman bunuh kerana murtad menyandarkan pendapat mereka kepada hadith: ‘Sesiapa yang menukar agamanya hendaklah dibunuh’. Dan mereka berpendapat bahawa ayat 256 Surah Al Baqarah: “Tidak ada paksaan dalam beragama” merupakan ayat umum yang ditujukan kepada orang bukan Islam dan tidak terpakai kepada seorang Muslim.
Ada juga di kalangan para ulama yang berpendapat ayat tersebut telah dimansukhkan atau dihapuskan (Rujuk; Majmo’ Fatawa Wa Maqalat, Bin Baaz 6/219). Memandangkan ruang yang terhad, saya tidak berniat untuk memanjangkan perbincangan tentang pendapat yang menyokong hukuman bunuh ini.
Secara peribadi saya lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan tidak ada hukuman hadd bagi mereka yang murtad atau menukar agamanya. Rasulullah S.A.W. semasa hayat baginda, tidak pernah membunuh orang yang menukar agamanya. Sekiranya benar
Rasulullah S.A.W. diperintahkan untuk membunuh orang yang murtad dan itu merupakan satu perintah daripada Allah S.W.T. sudah pasti baginda akan menerapkan hukuman itu berkali-kali.
Di dalam Al Quran, terdapat lebih dari 200 ayat yang memberikan manusia kebebasan untuk memilih dan berpendapat. Maka adalah mustahil, Islam menghukum manusia dengan keras apabila mereka melaksanakan hak mereka untuk memilih dan berpendapat sebagaimana yang telah dijamin di dalam Al Quran.
Apabila membaca komen rakan-rakan di forum-forum internet ternyata ramai dari kalangan mereka (terutamanya yang menggelar diri “Islamis”) menyokong tindakan para ulama Saudi menghalalkan darah Hamza Kashgari walaupun beliau telah meminta maaf dan menarik semula tweet tersebut.
Mereka berpendapat bahawa sesiapa yang menghina Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. wajib dihukum bunuh walaupun telah bertaubat.
Pendapat mereka ini disokong oleh Ibnu Taymiyah di dalam kitabnya Al Sorimul Maslul ‘Ala Syatimul Rasul dan Ibnu Hizmin di dalam A
Muhalla Bi Al Atsar.
Dr. Taha Jabir Al Alwani mempunyai pandangan yang menarik dalam masalah ini. Sewaktu mengupas persoalan hukuman bunuh kepada orang Munafiq, Dr Taha menyinggung kekeliruan dan pendapat aneh Ibnu Hizmin Al Andalus.
Orang munafik tidak dibunuh di zaman Nabi
Menurut beliau Rasulullah S.A.W. tidak pernah membunuh orang-orang Munafiq pada zaman baginda walaupun baginda mengetahui bahawa mereka mempunyai perancangan jahat terhadap baginda.
Juga jelas dalam sejarah ketika mana orang-orang yang datang berjumpa Rasulullah S.A.W. mengaku bahawa mereka telah keluar dari agama Islam tidak diperintahkan hukuman bunuh ke atas mereka.
Lihat sahaja Abdullah Bin Ubay Bin Salul. Beliau terkenal dalam sejarah kerana telah membuat tohmah dan menuduh Aishah dengan tuduhan dusta sehingga Allah S.W.T. menurunkan ayat untuk membersihkan Aishah dari tuduhan jahat tersebut.
Di dalam Sahih Al Bukhari, diriwayatkan bahawa Abdullah Bin Ubay mengatakan: ‘Sekiranya kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat akan mengusir orang-orang yang hina dan lemah’.
Allah S.W.T. merakamkan perkataan Abdullah Bin Ubay ini di dalam Surah Al Munafiqun ayat 8. Dia bukan sahaja menghina Rasululla
S.A.W. bahkan bercita-cita menghalau Rasulullah S.A.W. dari Madinah.
Sewaktu mendengar perkataan Abdullah Bin Ubai tersebut, Umar Al Khattab menghampiri Rasulullah dan berkata: ‘Benarkan aku membunuh orang Munafiq ini’. Rasulullah S.A.W. menjawab: ‘Biarkanlah dia, agar orang-orang tidak mengatakan Muhammad S.A.W. membunuh sahabatnya..’
Sepertimana yang kita sedia maklum, Rasulullah S.A.W. adalah manusia yang paling taat kepada Allah. Sekiranya terdapat hukuman bunuh terhadap orang yang murtad dan munafiq, maka sudah pasti Rasulullah S.A.W. mengarahkan para sahabat membunuh Abdullah Bin Ubai Bin Salul.
Saya tertanya-tanya, apakah para pembenci Hamza Kashgari merasakan bahawa beliau lebih teruk dari Abdullah Bin Ubai Bin Salul yang Allah S.W.T. telah rakamkan kisahnya di dalam Al Quran? Ataupun sebenarnya mereka merasakan diri mereka lebih baik dari Rasulullah S.A.W.?
Memalukan Islam
Apa yang pasti tindakan mengeluarkan fatwa yang menghalalkan darah Hamza Kashgari merupakan satu lagi perkara yang memalukan dan memberikan imej yang negatif terhadap Islam.
Tidak cukup dengan pendapat-pendapat pelik seperti wanita diharamkan memandu, umat Islam perlu menjauhi media sosial seperti twitter, mentaati pemerintah yang zalim dan haram memeranginya, ternyata umat ini senang sekali dikhayalkan dengan candu agama.
Mereka menerima tanpa caveat apa sahaja yang keluar dari mulut ulama mereka seolah-olah ianya firman dari Tuhan.

* Penulis ialah seorang peguam dari Lawyers For Liberty

No comments:
Post a Comment