Dia atas ini ialah jawapan bertulis Kerajaan bagi menjawab soalan mengenai
cincin RM24.45 juta yang dibangkit oleh 6 orang ahli parlimen
cincin RM24.45 juta yang dibangkit oleh 6 orang ahli parlimen
Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia
Solidariti Anak Muda Malaysia
4 Oktober 2011
1.
che'GuBard bagi pihak Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mula
membuat pendedahan mengenai isu kewujudan kemasukan sebentuk cincin
harga RM24.45 juta yang dalam kotak penerima dalam borang kemasukan
tertera nama Datin Seri Rosmah Mansor, sehubungan dengan itu SAMM tampil
memohon penjelasan dari beliau.
2.
Dalam persidangan Dewan rakyat kali ini SAMM difahamkan terdapat 6 ahli
parlimen yang mengajukan soalan sebelum persidangan mengenai cincin
ini.
3.
Seperti dijangka soalan ini hanya akan mendapat jawapan bertulis bukan
lisan. Di atas ialah jawapan bertulis yang dibuat oleh Menteri Di
Jabatan Perdana Menteri, YB Dato Seri Mohamed Nazri Abd Aziz. jawapan
tersebut hanya seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.
4.
Bermula dari 8 Julai kali pertama che'GuBard mendedahkan mengenai
cincin ini, saya dihambur berbagai tuduhan antaranya ialah pendedahan
saya palsu, dokumen kastam yang saya siarkan telah diedit komputer dan
ada juga tuduhan tidak wujud cincin berharga semahal rm24.45 juta.
5.
13 Julai, che'GuBard tampil di SPRM Pulau Pinang untuk membuat laporan
SPRM dengan menyerahkan sebahagian dari bukti yang ada. Jika minta SPRM
siasat mana dapat duit beli sudah tentu SPRM tidak siasat, maka 'angle'
mudah perlu difikirkan. SAMM telah membuat laporan SPRM dengan mengambil
sudut cukai kocong untuk cincin bernilai RM24.45j. Laporan sengaja
dibuat begitu walaupun tahu perhiasan wanita seperti cincin telah
dikecualikan cukai dalam pembentangan belanjawan yang lepas.
6.
Terperangkap dengan sudut laporan , maka SPRM bertindak dengan 'serbu'
bahagian kargo KLIA. Menurut maklumat yang diperolehi pegawai syarikat
kargo A.Krishnan ditahan dari petang hingga awal pagi dan akhirnya
dibebaskan. Selepas sesi soal siasat mendapati fakta memang cincin
seperti itu tidak perlu cukai. Kemenangan yang kami perolehi ialah
dengan memulakan siasatan SPRM mengakui dokumen kemasukan cincin itu
benar, asli dan memang wujud.
7.
Selepas itu ada maklumat juga sistem komputer Kastam 'hang' hampir 3
jam. Serentak dengan itu wujud tiba - tiba di laman-laman blog pro Umno
kononya borang cincin ini di bawa keluar ke Singapura dengan 'hand
carry'. Di siarkan juga borang Kastam sebagai bukti cincin ini keluar
menerusi KLIA
8.
Cuma timbul keraguan dalam borang cincin ini keluar. Beberapa pindaan
dibuat tanpa pengesahan dan nama pegawai kastam yang menandatangani
cincin itu keluar menurut laman web rasmi KDRM (yang terakhir
dikemaskini pada 4 Oktober 2011) menyatakan dengan jelas nama pegawai
tersebut berkhidmat di Bahagian Latihan, Ibu pejabat Kastam. Adakah
keluar cincin ini urusan rasmi khusus yang amat penting hingga
memerlukan tandatangan pegawai yang bertugas di Ibupejabat KDRM ?
9.
Menurut laman - laman blog pro Umno kononya cincin ini masuk untuk
pameran yang konon diadakan untuk VVIP sahaja. Mengenali Rosmah yang
sukakan publisiti adakah kemasukan belian bernilai RM 24.45 j itu
disenyapkan jika ia untuk pameran ? Adakah ia untuk pameran yang sulit,
di tempat yang sulit, dengan tetamu yang sulit pada masa yang sulit ?
Beliau buat peragaan fesyen busana Muslim pun ada media yang mengatakan
'diminta khusus' memberikan liputan. Jika untuk pameran kenapa ada nama
Rosmah adakah dia mengambil kerja sambilan sebagai penganjur pameran
belian.
10.
Lebih menarik apabila muncul bekas setiausaha, YB Datuk Seri Anwar
Ibrahim (ketika menjadi TPM) yang menyatakan kononya belian itu masuk
dan milik bakal besan Rosmah. Cara beliau menyatakan mungkin untuk
menimbulkan persepsi bahawa keluarga bakal menantu Rosmah amat kaya dan
cincin itu ialah hadiah.
11.
Malah lucunya kenyataan beliau yang mencabar che'GuBard membuat laporan
mengenai berlian tersebut ternyata satu propaganda lucu mengampu kerana
cabaran dibuat selepas lebih dari sebulan che'GuBard membuat laporan
SPRM. Propaganda murahan inilah yang mendapat liputan besar di media
seperti Utusan dan TV3. Dengan kenyataan bertulis Menteri juga
propaganda ini juga dinafikan.
12.
Nampaknya kempen pelancongan Malaysia amat berjaya bukan sahaja
pelancong tetapi cincin berlian juga datang masuk bersiar-siar dan
keluar semula selepas itu dari Malaysia.
13.
Ingin ditegaskan, che'GuBard tidak menuduh tetapi dengan kewujudan
bukti dan pembelaan puak pengampu yang menambah kecelaruan fakta maka
lebih menuntut Rosmah untuk tampail memberikan penjelasan, bukan hanya
menyatakan "itu semua fitnah dan mereka dengki dengan saya"
14.
Rakyat sedang bergelut dengan perbagai tekanan hidup, khususnya
kelompok pekerja muda yang sedang membina kerjaya dan keluarga.
Kesombongan dan imej mewah Rosmah yang cuba menyamar sebagai wanita
pertama negara seperti mencurah garam ke luka rakyat.
15.
Itu belum lagi mengambil kira gelang tangan bernilai RM1.65 juta yang
ada gambar dipakai oleh Rosmah dari syarikat yang sama mengeluarkan
cincin.
16.
Kini terpulang pada rakyat. SAMM minggu hadapan akan mula mengedarkan
risalah buku kecil mengenai pembaziran dan kemewahan melampau khususnya
mengenai isu cincin ini.
sekian
che'GuBard
Pengerusi SAMM
No comments:
Post a Comment