Share |

Tuesday, 12 July 2011

‘Perhimpunan Bersih agenda runtuhkan orang Melayu’

Sehubungan itu, akhbar tersebut meminta umat Islam supaya berhati-hati dengan gerakan yang boleh menjatuhkan orang Melayu melalui orang Melayu juga.

PETALING JAYA: Akhbar Perkasa, NGO Melayu yang menentang perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur mendakwa perhimpunan itu adalah salah satu agenda untuk meruntuhkan  orang Melayu.

Suara Perkasa mendakwa satu lagi agenda untuk meruntuhkan orang Melayu ialah pilihan raya masjid di Pulau Pinang yang telah dibatalkan oleh Yang Di-Pertuan Agong sebelum ini.

Sehubungan itu, akhbar tersebut meminta umat Islam supaya berhati-hati dengan gerakan yang boleh menjatuhkan orang Melayu melalui orang Melayu juga.Akhbar Perkasa itu juga mendakwa, dengan sokongan kelompok Melayu dari PAS dan PKR telah memberi semangat yang kuat kepada Pengerusi Bersih Datuk Ambiga S untuk menjayakan perhimpunan Bersih.

“Melihat kepada kesungguhan PAS untuk menjadi pengekor Ambiga, ramai yang tertanya-tanya apa sudah jadi dengan PAS sekarang?

Dosa Ambiga

“Apakah mereka telah lupa dosa Ambiga selama ini? Apakah PAS lupa Ambiga yang kini mereka angkat menjadi ketua dalam perhimpunan Bersih 2.0? tanya akhbar itu.

Akhbar itu menambah, PAS sepatutnya perlu merasa malu pada diri sendiri kerana rela dijadikan kaldai tunggangan oleh Ambiga bagi menjayakan agenda bagi  membersihkan pilihan raya.

Perhimpunan Bersih mendapat sokongan dari NGO dan parti-parti politik pemabngkang termasuk PAS.
Presiden PAS, D atuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin utama lain telah ditahan kerana menyertai perhimpunan tersebut.

Kira-kira 1, 600 orang telah dtahan dalam perhimpunan tersebut. - FMT

No comments: