Menurut Irwan, tindakan itu wajar memandangkan Khairy
turut melibatkan diri dalam pertembungan himpunan Bersih 2.0 pada 9
Julai ini.
Menurut Irwan tindakan itu wajar memandangkan Khairy turut melibatkan diri dalam pertembungan himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
“Jika Khairy menyarankan supaya Presiden Perkasa perlu disiasat, sepatutnya beliau juga perlu disiasat di bawah ISA kerana mahu melibatkan diri dalam himpunan Bersih.
“Khairy bukan hakim mahupun Ketua Polis Negara yang perlu mengajar polis dan pihak berkuasa kerana mereka tahu kerja mereka. Sama ada Presiden Perkasa perlu disiasat oleh polis kerana dikatakan menghasut, terserah pada polis,” katanya kepada FMT.
Sambil menyifatkan kenyataan Ibrahim diputar belit oleh sebuah portal berita, Irwan mahu melihat berapa ramai pemuda Umno mampu dikumpulkan Khairy.
“Wira Perkasa nak tengok berapa ramai pemuda Umno di bawah Khairy dapat dikumpulkan pada 9 Julai ini,” katanya seperti menyindir.
Tidak hormat Khairy
“Pemuda MCA pun tak hormat pada Khairy yang merupakan Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), sebab itu pemuda MCA menolak untuk turut serta pada 9 Julai. Sepatutnya sebagai Ketua Pemuda BN, Khairy perlu menunjukkan ketegasan dan pendirian kerana beliau menang pilihan raya atas tiket Umno-BN,” katanya.
Irwan turut mendakwa Khairy dilihat tidak sehaluan dengan kerajaan apabila bertindak mengkritik Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) yang diasaskan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar dihenti.
Khairy yang menulis dalam laman twitternya dipetik berkata “Robert Mugabe tiba di Malaysia. Apa yang kita dapat dengan menjemput pemimpin macam dia? Dah lama dah… patut berhenti dialog cam ni,”
“Sebenarnya Khairy mahu hina Tun Mahathir yang merupakan pengasas Langkawi, di sini menunjukkan lebih jelas sebenarnya beliau tidak sehaluan dengan kerajaan.
“Beliau sepatutnya menjadi Hero Melayu, kerana Umno mempertahankan Melayu, parti yang memperjuangkan Melayu sepatutnya isu Melayu beliau perlu tampil kehadapan, ini baru Hero Melayu.
“Wira Perkasa menyarankan supaya beliau kembali ke landasan asal dan bukan mengambil kesempatan terhadap isu-isu semasa yang berlaku,” katanya.
No comments:
Post a Comment