Wan Azizah ditawarkan sebagai ahli panel memandangkan
beliau merupakan insan paling rapat dengan Anwar dan diharap dapat
membantu merungkai siapa pelaku sebenar video seks tersebut.
Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita) Kedah Zamil Ibrahim berkata Wan Azizah ditawarkan sebagai ahli panel memandangkan beliau merupakan insan paling rapat dengan Anwar dan diharap dapat membantu merungkai siapa pelaku sebenar video seks tersebut.
Menurut Zamil, tiga panel yang diundang khas sebelum ini terdiri daripada kalangan rapat Anwar iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Presiden Kita Datuk Zaid Ibrahim dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang juga Senator Dewan Negara Ezam Mohd Nor.
“Saya buka peluang kepada Wan Azizah untuk menjadi salah seorang pengadil dan ini merupakan satu penghormataan kepada beliau.
Beliau mengetahui luar dalam Anwar maka beliau wajar diberi peluang menjadi ahli panel.
“Sepanjang pencarian itu berlangsung saya terima hampir 300 panggilan serta e-mail dan kesemuanya hampir sama jawapannya – tiada mirip Anwar.
Namun ada lima orang pemanggil yang kata bekas Presiden Majlis Belia Malaysia Datuk Suhaimi Ibrahim mirip dengan susuk dalam video klip itu.
Bila diamati klip video itu, pemanggil berkata Shuhaimi lebih muda dan dada beliau bukan seperti yang dilihat dalam klip tersebut,” katanya kepada FMT.
Individu yang berjaya membawa seseorang mirip Anwar ini akan memperoleh ganjaran berupa sebuah kereta mewah jenis Rolls Royce dan wang tunai RM10,000.
Zamil berkata tawaran yang berakhir 10 Jun lepas dilanjutkan sehingga 10 Julai depan disebabkan permintaan orang ramai.
“Kita buka tawaran ini kepada orang ramai daripada seluruh negara Asia lebih-lebih lagi Thailand. Ini kerana terdapat dakwaan video itu dibuat di Thailand.
“Kita alu-alukan pemuda atau orang ramai di Asia untuk tampil membuktikan ada susuk lain mirip Anwar ini,” katanya yang juga merupakan bekas Ketua AMK.
Pada 21 Mac lepas, trio ‘Datuk T’ yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah menayangkan klip video seks di Carcosa Seri Negara.
Bagaimanapun Anwar yang memberi keterangan berhubung isu video seks di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 28 April lalu menafikan dakwaan individu dalam klip video itu adalah dirinya.
No comments:
Post a Comment