Share |

Friday 24 June 2011

‘Datuk T’ mengaku bersalah tayang video lucah

Shazryl dan Shuib didakwa dibawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan Akta 574 atas kesalahan menayangkan video lucah secara terbuka. Abdul Rahim untuk kesalahan bersubahat.
FMT ALERT
KUALA LUMPUR: Trio ‘Datuk T’ hari ini didakwa di Mahkamah Majistret atas kesalahan penayangan video lucah yang dikatakan mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka bertiga mengaku bersalah atas tuduhan.
Datuk trio yang terdiri daripada ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim hadir berbaju kot hitam hadir di Mahkamah Tinggi Jalan Duta kira-kira 9 pagi tadi. Shazryl dan Shuib didakwa dibawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan Akta 574 atas kesalahan menayangkan video lucah secara terbuka.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Manakala Abdul Rahim didakwa atas kesalahan bersubahat dengan Shazryl dan Shuib serta turut didakwa dibawah akta yang sama.

Selepas trio Datuk T mangaku bersalah, mahkamah kini mendengar fakta kes and menanda eksibit.
Majistret juga mengambil keputusan untuk melihat tayangan video lucah yang dirakam menggunakan empat kamera dalam mahkamah, disaksikan peguam and orang ramai.

Tayangan kira-kira 20 minit itu bagaimanapun dilajukan.

Sementara itu, kira-kira 200 penyokog Perkasa dan badan bukan kerajaan (NGO) lain hadir diperkarangan mahkamah membawa sepanduk menunggu sejak pagi bagi memberikan sokongan terhadap trio terbabit.

No comments: