Si Kitol MIC ganggu kelancaran perhimpunan aman.
SHAH ALAM: Seramai 50 ibu bapa pelajar sekolah menengah di Seksyen 25 di sini hari ini mengadakan perhimpunan di luar perkarangan sekolah sebagai tanda protes terhadap sikap seorang pengetua sekolah tengah hari tadi.
Perhimpunan yang bermula 12.45 tengah hari tadi adalah tindakan susulan berikutan kegagalan pengetua yang tidak dapat menyelesaikan masalah pergaduhan melibatkan 23 pelajar beberapa hari lepas.
V Stephen Perumal yang mengetuai kumpulan ibu bapa tersebut berkata:
“Polis tidak boleh menahan anak-anak kami tanpa kebenaran pengetua tapi puan pengetua tak mengaku yang dia arahkan penahanan anak-anak kami.
“Mereka alami trauma sekarang. Kami mahu pengetua ditukar,” kata Stephen yang melahirkan rasa puas hatinya.
Perhimpunan tersebut berlangsung selama 20 minit dan berakhir dengan rundingan dengan pihak polis.
FMT turut dimaklumkan bahawa satu mesyuarat telah diatur oleh pihak sekolah bersama dengan 20 ibu bapa pelajar untuk mencari jalan penyelesaian.
Bercakap mengenai perkara ini, Stephen berkata bahawa beliau akan menghadirinya meskipun tidak dijemput.
Satu sumber bagaimanapun memberitahu FMT bahawa mesyuarat petang ini berhasrat untuk membersihkan nama baik pengetua.
Wakil Jabatan Pendidikan Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah, polis, dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut menghadiri mesyuarat tersebut.
Wakil MIC Si Kitol
Dalam pada itu penyelaras MIC, RS Maniam turut campur tangan bagi menyuraikan perhimpunan tersebut tetapi tidak disenangi ibu bapa yang sedang berhimpun.
K Rajaratnam, seorang bapa pelajar berkata bahawa wakil MIC itu sengaja ingin campur tangan dalam isu ini meskipun tidak dijemput.
“Si Kitol ini nak jadi hero dalam isu ini,” kata Rajaratnam yang menambah bahawa Maniam tidak mengendahkan masalah sekolah sebelum ini.
Sementara itu, FMT sempat bertemu dengan mantan pengerusi PIBG tersebut, A Sivaprakasam dan beliau berkata masalah disiplin semakin buruk di sekolah ini.
“Semasa saya jadi Pengerusi PIBG, saya beri tumpuan kepada isu keselamatan dan disiplin pelajar. Sebilangan guru turut tidak puas hati dengan pengetua. Dia diktator,” katanya yang meletak jawatan itu bulan lepas.
FMT gagal menghubungi pengetua sekolah Megawati Hasbullah selepas beberapa kali membuat panggilan telefon.

No comments:
Post a Comment