By Sara Be My,
Malai – Yur adalah istilah yang di pakai oleh orang berbahasa Tamil... Pada zaman Dinasti Yuan (1271–1368) dan Dinasti Ming (1368–1644), perkataan Ma-La-Yu sering disebut dalam sejarah China untuk merujuk kepada sebuah negara di Nanyang atau "Laut Selatan". Istilah ini sering dieja berlainan kerana perubahan Dinasti.
• (Cina: 木剌由) - Bok-la-yu, Mok-la-yu
• (Cina: 麻里予兒) - Ma-li-yu-er
• (Cina: 巫来由) - Oo-lai-yu (dikesan dari sumber tulisan sami Xuan Zang)
• (Cina: 無来由) - Wu-lai-yu
Dalam bab 48 dari teks agama Hindu Vayu Purana, ada dinyatakan satu perkataan Sanskrit Malayadvipa (secara harfiah: “benua bergunung-ganang”), yang merujuk kepada salah satu wilayah di kepulauan timur yang penuh dengan emas dan perak. Di situ letaknya sebuah bukit bernama Malaya dan juga gunung besar yang digelar Mahamalaya.
Manakala dalam buku agama Hindu Srimad Bhagavatam 10.90.19 bercatat Malaya bererti Pergunungan Malaya. Dari perkataan Malaya inilah datangnya kaum Melayu. Sekurang kurangnya dalam bahasa Tamil, Cina dan buku agama Hindu tercatat tentang Malaya dan penduduknya Melayu. Tiada satu baris pun tercatat dalam buku agama lain mahupun bahasa yang di sanjungi oleh kaum Meleyu, Arab.
Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Malaya telah pun dihuni oleh kaum Hindu yang pernah mengunakan bahasa Sanskrit sebagai Lingua Franca dan juga sebagai tambahan penjajah British telah membawa Kaum India daripada India untuk kemajuan Negara Malaya. Kaum India ini adalah kaum yang setia kepada British. Yang Mencurahkan cinta dan bakti tidak berbelah bagi untuk pendapatan Negara daripada dulu sampai sekarang.
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi
Raja-raja disanjung tinggi atas dasar dan fakta daripada epic Ramayana. Raja Dasaratha dan Raja Ramachandra telah disanjung oleh penduduk dunia pada masa tersebut. Raja Dasaratha memerintah dengan mengunakan sistem yang adil dan saksama. Beliau tidak akan tebang pokok atau binasakan hutan kerana di sana pun terdapat pelbagai hidupan. Setiap Negara diperintah dengan cara yang sama. Pada masa Ramachandra terpaksa meninggalkan kerajaan demi permintaan ibu tirinya. Raja Bharat terpaksa merajui kerajaan untuk 14 tahun. Pada masa itu Bharat telah meletak Paduka atau kasut Ramachandra sebagai ketua pemimpin. Dari masa itu sampai hari ini kita mengunakan Duli yang maha mulia seri paduka baginda. Dalam sanskrit Seri Paduka bererti Suami Mahalaxmi Ramachandra.
Masyararat Malaysia memang setia dan sanjung Raja Malaysia. Apakah Raja-raja ini memerintah kaum kaum lain dengan cara saksama? Artikel 153 fasal 1 tercatat Yang Di Pertua Agong perlu menjaga kepentingan sah kaum-kaum lain. Pernahkah Raja kita bersuara untuk kepentingan bangsa lain ataupun pernahkah baginda peka dan respon untuk memorandum kaum-kaum lain? Jawapannya tidak.
Bagaimanakah dalam hati semua kaum sanjungan dan setia ini akan berkembang?
Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua.
Pemimpin kita yang mempunyai Kuasa adalah pemimpin UMNO yang tidak pernah taat kepada rakyat bangsa lain. Fakta sejarah diubah, hak keistimewaan untuk bangsa Melayu direka. Padahal keistimewaan itu hanya diberi untuk tempoh masa 30 tahun. Namun sampai hari ini pemimpin UMNO menjajah kaum-kaum lain. Di negara ini tidak wujud perkataan sama bekerja dan berusaha. Pemimpin UMNO dan kroni mendapat kontrak dan manyamun harta negara ini. Hak-hak bangsa lain secara sistematik telah diketepikan. Perlukah masyarakat kita taat dan bekerjasama dengan penyamun dan penyalah guna kuasa?
Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama bangsa dan negara.
Pengorbanan bangsa Cina yang berkurun telah dicaci sebagai bangsa pendatang dan bangsa jual tubuh. Manakala Bangsa India dicaci sebagai bangsa Pariah dan keling. Apakah bangsa Cina dan India telah tidak bermaruah? Rangkap di atas berbunyi amanah bangsa dijaga. Setiap kali ada rungutan dan suara kaum lain tidak pernah dihirau . Mereka hanya dijaga pada masa pilihan raya dengan duit saku.
Itukah makna amanah bangsa dijaga?
54 tahun semua rakyat Malaysia berikrar dengan setia. Manakala Rukunegara ayat pertama ‘Kepercayaan kepada Tuhan’ tidak dihirau oleh Pemimpin Melayu UMNO. Mereka telah merobohkan kuil- kuil Hindu yang berusia lebih daripada 100 tahun. Sekolah sekolah estet yang berusia lebih daripada 60 tahun tidak diberi tanah dan keperluan asas. Kaum Melayu UMNO yang datangnya daripada kaum Hindu, India. Hari ini telah menderhaka dan menyalahi segala undang-undang negara untuk sikap tamak haloba mereka. Akhir kata mereka telah melanggar batas kesetiaan dan keharmonian Malaysia.
No comments:
Post a Comment