Share |

Thursday 31 March 2011

Interlok: Putrajaya tidak akan tunduk desakan baru, kata Muhyiddin


KUALA LUMPUR, 31 Mac – Tindakan pihak tertentu, termasuk pertubuhan komuniti Cina semalam, yang terus membangkitkan isu novel kontroversial Interlok sangat tidak bertanggungjawab dan berniat jahat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Sehubungan itu Muhyiddin (gambar) menegaskan, isu tersebut tidak harus dibangkitkan kerana sudah selesai.
Malah kata beliau, kerajaan tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak berhubung isu itu kerana keputusan muktamad telah pun dicapai.
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan sudah pun mengumumkan formula penyelesaian di Parlimen minggu lalu.
“Jadi kita akan pegang pada itu,” kata beliau di Pagoh, Johor hari ini.

No comments: