Penulis tersebut turut mempersoalkan cara berubat 'menggunakan tengkorak'.
SHAH ALAM: Seorang penulis keturunan India menggesa Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain tidak dibabitkan dalam kontroversi buku ‘Interlok’ sekarang.
Uthaya Sankar SB, Presiden Kumpulan Penulis Kavyan, berkata ini kerana buku yang dibicarakan ialah edisi murid yang disunting Ruziati Abdul Rani dan Baharin Aiyob yang dicetak kali pertama pada tahun 2010.
Terdapat kesilapan fakta dalam buku komponen sastera dalam bahasa Malaysia tingkatan 5, edisi murid Interlok.
Begitulah pandangan Uthaya dalam majis taklimat buku Interlok edisi murid di sini hari ini.
Kesalahan fakta yang diketahui ramai ialah kasta Paria dan kasta Brahma kerana menurutnya kasta Paria dan Brahma tidak wujud.
“Kamus Dewan mendefinasi kasta sebagai pengelasan kumpulan manusia secara berperingkat iaitu Brahmin, Kshatriya, Vaisya dan Sudra.”
Menurutnya lagi, Brahma dalam agama Hindu merujuk kepada dewa.
Mengulas watak dalam keluarga Maniam, Uthaya menyatakan bahawa novel itu tidak jelas dalam menyatakan keturunan Maniam ialah Tamil, Malayali atau Telugu meskipun kisahnya bermula di Kerala. Tambahan pula nama Maniam bukan nama Malayali.
Menurutnya Malabar dan Kerala dirujuk sebagai dua tempat berbeza sedangkan Malabar ialah nama lama negeri Kerala.
Penerangan kepada tarian Kathakali juga adalah salah kerana dijelaskan sebagai tarian menggunakan topeng sedangkan ia menggunakan ‘make-up’.
Dari segi geografi Kerala digambarkan sebagai negeri yang terletak di ‘utara sedikit dari Tamil Nadu’ sedangkan negeri yang terletak di utara Andhra Pradesh.
Suasana di negeri Kerala juga digambarkan dengan sawah padi walhal ia terkenal dengan pohon kelapa.
Uthaya turut menyenaraikan sebab lain orang India berhijrah selain dari perbezaan kasta. Antaranya peluang pekerjaan, peningkatan cukai tanah dan tekanan British terhadap industri tempatan yang menyaingi industri tekstil.
Selain itu buku tersebut turut menggambarkan masyarakat India di Pulau Pinang dengan pecahan 50% Malayali dan bakinya orang Tamil dan Telugu sedangkan hakikatnya ialah 80 peratus masyarakat India ketika adalah orang Tamil.
Uthaya memberitahu hadirin di Perpustakaan Shah Alam bahawa bab keluarga Maniam menunjukkan ‘world view’ bukan India yang tidak menghayati budaya India.
Watak Malini memanggil suaminya Maniam dengan nama sedangkan wanita zaman tersebut tidak berbuat demikian.
Uthaya turut hairan mengapa watak Malini memanggil bapanya Perumal sebagai ‘papa’ dan bukan ‘appa’.
Watak Mariama pula dikatakan’ membujang selepas kematian suami’ sedangkan perkataan yang lebih sesuai ialah balu
Dalam buku tersebut Maniam dikatakan datang sendiri ke Tanah Melayu pada tahun 1910 sedangkan buku Pengajian Malaysia menerangkan bahawa kemasukan buruh bebas terbantut pada 1859 kerana tambang terlalu mahal.
Perbuatan sujud kaki oleh watak Suppiah juga disalah gambarkan seperti memperhambakan diri kepada orang putih sedangkan ia hanya dibuat kepada ibu bapa untuk mendapat restu.
Penulis tersebut turut mempersoalkan cara berubat ‘menggunakan tengkorak’.
“Mengapa NGO Melayu membantah? Ia menyesatkan.”
Beliau turut mengulas komen Abdullah yang mengaku menjadi pengikut ajaran Gandhi.
“Gandhi merujuk kepada mereka sebagai Harijan yang bermaksud Anak Tuhan.
Sebagai respon kepada resolusi Gapena yang ‘tidak mahu buku Komsas diubah walau sepatah perkataan’, Uthaya menyatakan terdapat beberapa ayat yang ada di dalam edisi khas tetapi di dalam edisi murid.
Beliau menggunakan contoh sajak Gagak Hitam tulisan Sasterawan Negara A Samad Said.
Sajak tersebut bukan sahaja dialih bahasa ke bahasa Inggeris, malah sebaris sajak diubah.
Beliau turut menjawab persoalan kolumnis Utusan berkisar mengenai protes terhadap buku Mulk Raj Anand, Untouchables.
“Adakah buku tersebut digunakan sebagai komponen sastera bahasa Inggeris atau sastera Inggeris di Malaysia?”
Penulis Lim Swee Tin yang turut hadir dalam sesi taklimat ini berpendapat,”adalah baik sekiranya jika Abdullah Hussein sendiri membuat perubahan dalam buku tersebut demi kepentingan pelajar sekolah’.
Lim berkata begitu kerana sebagai penulis seseorang akan rasa perit sekiranya karyanya diubah begitu sahaja.
No comments:
Post a Comment