Share |

Monday, 31 January 2011

Blogger harap karya Abdullah Hussain 'tidak disentuh', diubah

Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Semua pihak diminta supaya memelihara dan tidak mengubah kandungan Interlok, novel kontroversi karya Sasterawan Negara, Abdullah Hussain bagi menghormati penulis tersohor itu.

Seorang penulis blog, Zakhir Mohd. berkata, pandangan sesetengah pihak yang mahukan sebahagian kandungan novel itu diubah adalah tidak masuk akal dan melanggar tatasusila memandangkan status Abdullah sebagai Sasterawan Negara kelapan yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 1996.

Selain itu, katanya, kehebatan Abdullah sebagai sasterawan bukan sahaja diiktiraf di peringkat tempatan malah hasil karyanya turut diperakui oleh negara jiran seperti Brunei.

"Apatah lagi seruan itu (menukar kandungan Interlok) hanya hadir selepas 40 tahun (ditulis), sedangkan subjek paria ketika itu hanya terarah kepada panggilan merujuk sistem kasta yang masih diamalkan oleh beberapa segmen masyarakat India (ketika itu)," katanya.

Zakhir berkata demikian dalam entri bertajuk Fearing own past: Leave Abdullah Hussain's work 'lone' melalui blognya di http://bigdogdotcom. wordpress.com hari ini.

Sementara itu, katanya, semua pihak juga diminta supaya menghormati Abdullah dengan tidak menukar kandungan Interlok kerana sebagai seorang yang mempunyai jati diri Melayu, sasterawan itu pasti amat menyayangi setiap karya ciptaannya.

No comments: