Share |

Friday 4 June 2010

Surat kepada PM:Mariammah 72 tahun, uzur, terpaksa kerja sebagai tukang sapu. Dinafikan kewarganegaraan dan bantuan kebajikan. (Peringatan Pertama)

http://www.humanrightspartymalaysia.com/wp-content/uploads/2010/06/urlmariammah_thumb.jpg

NO.6, Jalan Abdullah, Off Jalan Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 03-2282 5241 Fax: 03-2282 5245 Website: www.humanrightspartymalaysia.com

Your Reference :

In Reply : Misc/ Jan 2010

Date : 3/6/2010

Peringatan pertama

YAB. Dato Seri Najib Razak

Perdana Menteri Malaysia,

Blok Utama Bangunan Perdana Putra,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Fax: 03-88883444

62502 Putrajaya E-Mail: najib@pmo.gov.my

Y.B Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein,

Menteri Dalam Negeri,

Kementerian Dalam Negeri,
Blok D1 & D2, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran,
Kerajaan Persekutuan, Fax: 03-2693 3131
62546 Putrajaya E-Mail: menteri@moha.gov.my

Y.B. Senator Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,

Aras 1-6, Blok E, Kompleks Pejabat Kerajaan,

Bukit Perdana,

Jalan Dato Onn, Fax: 03-2693 4982

50515 Kuala Lumpur E-Mail: shahrizat@kpwkm.gov.my

Per: 1) Mariammah (72) masih terpaksa bekerja kerana miskin

2) Tuntutan Kad Pengenalan (Biru) untuk warganegara Malaysia

3) Bantuan Kebajikan dinafikan.

Kami merujuk kepada perkara yang tersebut di atas dan kepada surat kami bertarikh 29/4/2010 dan ingin membawa kepada perhatian pihak tuan bahawa Puan Mariammah a/p Sinnammah yang berusia 72 tahun, No. kad pengenalan 380921-10-5390 yang beralamat di 6, Tingkat 14, Blok D, Impian Baiduri, Sungai Way, Petaling Jaya kini berhadapan dengan masalah di usia tuanya. Beliau yang telah dilahirkan di Jenjarom, Banting Malaysia tetapi telah hanya diberikan Kad Pengenalan berstatus Pemastautin tetap. Penafian status kewarganegaraan Malaysia ini adalah bercanggahan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan (citizenship by operation of law). Kami dengan ini memohon supaya Kad Pengenalan dengan status warganegara Malaysia dikeluarkan kepada Mariammah pada kadar segera.

Selepas suaminya meninggal dunia lebih kurang 20 tahun yang lau, Mariammah terpaksa bekerja dengan Alam Flora di Petaling Jaya untuk meneruskan kehidupan tetapi kini beliau tidak lagi larat bekerja kerana tidak dapat berdiri untuk tempoh yang lama serta penglihatanya semakin hari semakin kabur. S.Mariammah yang telah tumpang di rumah anaknya sekarang telah dihalau keluar oleh anaknya yang turut mengalami masalah kemiskinan keluarganya sendiri. Dia juga sedang merana kerana kakinya mengalami luka dan tidak mampu untuk merawatinya sebab tidak lagi mampu. Malah beliau tiada cukup duit untuk mengalas perut walaupun sekali dalam sehari.

Sebagai salah seorang warga emas negara ini beliau tidak pernah mendapat sebarang bantuan kebajikan. Kini beliau amat memerlukan sebuah tempat tinggal dan bantuan kebajikan setiap bulan untuk menyara kehidupannya.

Kami sedia maklum bahawa dalam Bajet 2010 kerajaan telah menyediakan RM48 Million untuk program kebajikan termasuk bantuan serta bayaran sewa dan juga RM174 Million untuk warga emas. (NST 24/10/09 muka surat 10). Dalam Bajet 2010 Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato Seri Najib telah mengumumkan bahawa indeks garisan kemiskinan bagi sebulan ialah RM 687.00. Akan tetapi Mariammah dan beratus ribu lagi orang- orang miskin dan miskin tegar dari kalangan masyarakat India telah dinafikan bantuan ini. Kenapa peruntukan berjuta- juta ringgit ini tidak sampai kepada Mariammah dan juga beratus-ribu masyarakat India yang miskin yang lain. Juga kenapa Mariammah tidak diberi Kad subsidi e-kasih yang termasuk dalam peruntukan sebanyak RM 174 Million untuk warga emas tersebut. (NST 24/10/09 muka surat 12).

Oleh yang demikian kami meminta agar S. Mariammah diberikan Kad Pengenalan dengan status sebagai warganegara Malaysia, bantuan kebajikan sebanyak RM687.00 sebulan serta Kad subsidi e-kasih dan sebuah rumah flat satu bilik. Dengan ini mudah- mudahan akhir hayat Mariammah akan lebih bermakna dan beliau dapat menghembuskan nafas terakhirnya sebagai seorang warganegara Malaysia dalam Satu Malaysia seperti yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri.

Jawapan dan tindakan segera pihak YAB/YB dalam perkara ini disanjung tinggi.

Sekian,

Terima Kasih,

Yang Benar,

____________________

P.Uthayakumar

Setiausaha Agong (penaja)

No comments: