Ayah Chandran Harikrishnan, 43 menghidapi penyakit barah telinga manakala emak kepada 6 orang anak pula tidak berupaya bekerja lagi akibat sejenis penyakit sawan di kaki. Keluarga ini sedang melalui kehidupan seumpama neraka kerana kedua-dua ibu bapa tidak bekerja. Sewaktu pasangan ini berkahwin 20 tahun lalu Chandran Harikrishnan, 43 yang merupakan seorang pemandu lori, tidak mengendahkan petumbuhan kecil yang terdapat di tepi telinganya. Kini ia telah mengakibatkan penyakit barah telinga di mana kesannya pendengaran serta percakapannya terjejas, tidak sedar diri dan juga tidak dapat berjalan. Keluarga ini yang tinggal di rumah sewa dengan kadar sewa RM350 sebulan sedang mangharungi kesempitan hidup kerana mereka hanya bergantung kepada duit kebajikan yang diterima oleh Chandran RM450 sebulan. Mereka mempunyai enam orang anak yang berumur dari 3 tahun hingga 18 tahun. Dua orang anak mereka sedang belajar di Sekolah Menengah manakala seorang lagi belajar di Sekolah Rendah Tamil. Malah kepayahan mereka ditambah lagi apabila sebahagian dari rumah mereka telah musnah dijilat api. Barang persekolahan tiga orang anak ini turut terbakar dan menyebabkan mereka tidak pergi ke sekolah selama 2 minggu sejak kebakaran tersebut berlaku. Malah akibat kebakaran tersebut juga bekalan elektrik rumah mereka terputus dan mereka kini tinggal di rumah tersebut dengan bantuan bekalan elektrik yang dikongsi dengan jiran mereka. Salah seorang dari anak pasangan ini Dinesh, 14 telah mula bekerja di sebuah garaj berdekatan rumahnya kerana tidak dapat bersekolah lagi. Malah menurut Athiletchumi, 42 ibu kepada anak-anak ini, sewa rumah tertunggak selama dua bulan dan tuan rumah memberi tekanan kepada keluarga ini supaya menyelesaikannya. Sudah 7 bulan suaminya tidak dapat bekerja dan Athiletchumi menghadapi kesukaran untuk meneruskan kehidupan tanpa sebarang pendapatan.
HRP: Kenapa Jabatan Kebajikan di bawah pimpinan UMNO enggan memberi bantuan tambahan sebanyak RM500 kepada keluarga ini sebagai bantuan kebajikan dan memberi tanah di bawah program Felda, Felcra, Risda, Fama, Agropolitan, Kejora, Kesedar dan lain-lain lagi dan memberi peluang supaya keluarga ini dapat mengatasi kemiskinan hidup yang telah diwujudkan oleh sikap berat sebelah UMNO sendiri. Walaupun kerajaan di bawah pimpinan UMNO telah memperuntukkan RM48 Million (surat kepada Perdana Menteri bertarikh 27hb Mac 2009) untuk bantuan kebajikan namun ia tetap tidak sampai kepada masyarakat India di negara ini yang amat memerlukannya dan kisah Sivasangkari adalah salah satu bukti yang tidak dapat dinafikan.
No comments:
Post a Comment