"Tun Tan Siew Sin katakan bahawa, orang Melayu menerusi UMNO,  bermurah  hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara  ini,  sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90% penduduk  bukan  Melayu telah menjadi warga negara.  Ini berbeza dengan keadaan  sebelum  merdeka, di mana 90% daripada mereka masih tidak diiktiraf  sebagai  rakyat tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah   penjajahan."
Antara tuduhan yang  dilemparkan  terhadap Zaid Ibrahim termasuklah memperlekehkan konsep  Ketuanan Melayu,  "orang luar", mempertahankan Teresa Kok yang kononnya  patut ditahan di  bawah ISA, si katak yang melompat dari UMNO ke PKR.
"Kita lihat kembali,  bagaimana Zaid  di dalam kabinet dilantik sebagai Menteri di Jabatan  Perdana Menteri,  oleh Pak Lah, dialah satu-satu menteri yang  mendatangkan masalah dalam  kabinet," sambungnya.
Rusdi (gambar  kanan) meneruskan  ucapan dengan faktor ketiganya, "Saya berdiri di sini  sebagai seorang  Malayu walaupun daripada parti Barisan Nasional,  tetapi sebagai seorang  Melayu saya juga tersentuh apabila dia  memperlekehkan Ketuanan Melayu  berdasarkan keharmonian kaum ini."
Beliau meneruskan, "Tun  Tan Siew Sin  katakan bahawa, orang Melayu menerusi UMNO, bermurah hati  melonggarkan  syarat-syarat dalam undang-undang negara ini, sehinggakan  dalam masa 12  bulan selepas kemerdekaan, 90% penduduk bukan Melayu  telah menjadi warga  negara.  Ini berbeza dengan keadaan sebelum  merdeka, di mana 90%  daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai  rakyat tanah Melayu  walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah  penjajahan."
"Ini parti pakatan  rakyat-kah, DAP  kah, PAS tidak laku di Sabah," dakwa Musa Aman,  disambut dengan sorakan,  "Bukan saya nak kata orang Sabah bijak, tetapi  rakyat Sabah tahu  menilaikan mananya parti yang benar dan parti mana  yang bohong?"
Sebagaimana yang diduga, UMNO menjadikan   retorik "Ketuanan Melayu"-nya sebagai "senjata" utama ketika menyerang   calon PKR dalam PRK Hulu Selangor, Zaid Ibrahim.  Malah, pemimpin UMNO   dari Johor, Rusdi Amir meniru cara Timbalan Pengerusi BN Selangor, Noh   Omar membacakan kenyataan bekas pemimpin MCA dan MIC, meskipun Noh  Omar  pernah memohon maaf kepada komuniti Cina kerana tindakannya itu. 【Noh Omar: Saya  akan  minta maaf kalau menyinggung】
Antara tuduhan yang  dilemparkan  terhadap Zaid Ibrahim termasuklah memperlekehkan konsep  Ketuanan Melayu,  "orang luar", mempertahankan Teresa Kok yang kononnya  patut ditahan di  bawah ISA, si katak yang melompat dari UMNO ke PKR.Kerajaan negeri Selangor yang diterajui   oleh Khalid Ibrahim, diserang sebagai "tidak mengotakan janji dalam   manifesto PRU ke-12", lantas PKR yang asalnya Parti Keadilan Rakyat   disindir sebagai Parti Kelentong Rakyat.  Pertukaran kerajaan pada 16   September 2008, iaitu janji Anwar Ibrahim yang tidak tertunai, juga   antara tajuk yang dibangkitkan untuk menyerang Pakatan Rakyat.
Demikianlah kenyataan-kenyataan yang   dikeluarkan dalam satu ceramah politik yang bertemakan "Penipuan Pakatan   Rakyat", pada jam 9 malam di kawasan lapang Bilik Gerakan UMNO  cawangan  Pekan Kerling, semalam.  Ceramah ini dihadiri kira-kira 150  orang,  lebih kurang jikalau dibandingkan dengan satu ceramah anjuran  Pakatan  Rakyat, diadakan di sebuah padang yang tidak jauh dari situ.
"Menteri yang mendatangkan  masalah"
Rusdi Amir  mempertikaikan Zaid Ibrahim  yang bukan lahir di Hulu Selangor, "Siapa  dia?  Tinggal di mana?   Berbanding dengan calon kita yang tinggal di  Rawang..."
Zaid Ibrahim  meletak jawatan sebagai  Menteri pada September 2008, sebagai bantahan  terhadap keputusan  kerajaan untuk menahan beberapa orang di bawah ISA,  termasuklah EXCO  Senior Selangor, Teresa Kok (gambar kiri), blogger  terkenal Raja Petra  Kamaruddin, wartawan Sin Chew Daily, Tan  Hoon Cheng.
"Konon-kononnya di atas  prinsip letak  jawatan.  Tahu dia letak jawatan sebenarnya untuk apa?   Sebab,  penahanan Teresa Kok sahaja.  Bukan sebab apa pun.  Bukan sebab  UMNO  merosakkan rakyat dan sebagainya, kalau begitu mungkin kita boleh   terima, dari sudut logiknya.  Tapi sebab, konon-kononnya penahanan   Teresa Kok yang ternyata layak ditahan di bawah ISA," sindirnya, sebelum   melontarkan soalan, "Inikah yang ingin kita jadikan pemimpin kita?"
"Mungkin pelbagai sebab, atau pun alasan   kita boleh tolak Zaid Ibrahim ini ketika kita membuang undi satu ketika   nanti pada 25 haribulan.  Saya percaya, yang hadir di sini adalah   pencinta-pencinta kedamaian, pencinta-pencinta keharmonian yang   diasaskan oleh Barisan Nasional, iaitu UMNO, MCA, Gerakan dan MIC,"   katanya.
Empat faktor menolak   Zaid
"Apa alasan lagi yang   kita nak menolak Zaid Ibrahim?  Yang pertama, saya melihat di sini   majoriti orang Melayu.  Saya tidak bermaksud untuk bersifat perkauman di   sini.  Zaid Ibrahim ini, merupakan seorang yang telah memperlekehkan   Ketuanan Melayu berteraskan keharmonian yang dibentuk oleh kerajaan   Barisan Nasional selama ini.  Ini Zaid Ibrahim," kata Rusdi.
Beliau menjelaskan, "Buktinya, kita boleh   buka balik rekod, ketika Persidangan Law Asia, persidangan   Undang-undang Asia pada tahun 2008, bagaimana di dalam ucapannya, Zaid   Ibrahim telah mengatakan bahawa Ketuanan Melayu ini satu perkara yang   amat karut sekali.  Ini kata-kata Zaid Ibrahim."
"Kakak-kakak, ibu-ibu nak pilih macam ni   lagi?  Esok tak tau apa lagi dia buat?" tanya Rusdi.
Rusdi menambah, "Dia juga yang   mempertikaikan Dasar Ekonomi Baru yang telah dicetuskan oleh Allahyarham   Tun Abdul Razak.  Ni manusia-lah dia.  Manusia tak dapat tempat dalam   UMNO yang tersingkir, terbuang, akhir dia jilat luka, isi borang, dapat   jadi ahli PKR, jadi calon pula."
"Katak   yang melompat"
"Faktor  yang  kedua, kita boleh fikir-fikirkan, kenapa kita tidak perlu letakkan  nama  Zaid Ibrahim ini di kotak minda kita.  Si katak lompat ni  sebenarnya.   Dia lompat sana dia lompat sini, dia menyalak sana dia  menyalak sini,  semata-mata kerana tak dapat tempat dan jawatan.  Dia  bukan berjuang.   Kalau orang yang berjuang, mempunyai prinsip  perjuangan, memperjuangkan  rakyat, memperjuangkan masyarakat,  memperjuangkan partinya, saya pasti  dia tidak akan melompat-lompat  begitu.  Katak si katak melompat," kata  Rusdi.
Rusdi (gambar  kanan) meneruskan  ucapan dengan faktor ketiganya, "Saya berdiri di sini  sebagai seorang  Malayu walaupun daripada parti Barisan Nasional,  tetapi sebagai seorang  Melayu saya juga tersentuh apabila dia  memperlekehkan Ketuanan Melayu  berdasarkan keharmonian kaum ini.""Yang  keempat, yang amat penting, Si Zaid  ini bukanlah orang Hulu Selangor.   Tak tau Kelantan mana, dia mari  sini nak jadi pemimpin sini.  Itu dia  Zaid Ibrahim.  Dia sebut namanya  pun, mungkin tak tahu nak sebut dengan  jelas ejaan tu.  Zaik Ibrahim,"  ejek Rusdi yang datang dari Johor.
Memetik  hujah Tan Siew Sin
Rusdi  kemudiannya mengulas, "Kita melihat  juga kepada kedudukan parti Barisan  Nasional sendiri yang memimpin kita  selama 50 lebih tahun.  Saya fikir  tuan-tuan dan puan-puan sekalian,  amat yakin dengan keutuhan Barisan  Nasional ini, kerana Barisan Nasional  ini dibina di atas satu  kesedaran, satu landasan untuk membela  rakyatnya itu.  Meskipun kita  berlainan bangsa, tetapi kita duduk dalam  satu penyatuan yang  benar-benar bersatu, yang benar-benar bertolak ansur  sesama kita  sendiri."
"Kalau saya  boleh  berkongsi, apa yang telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin MCA dan  MIC  ketika itu.  Sebab ini sejarah pada ketika itu.  Apa yang telah   diungkapkan oleh Presiden MIC (tersilap, sebenarnya MCA), oleh Tun Tan   Siew Sin pada ketika itu," kata Rusdi.
"Saya ingin bacakan.  Ingin berkongsi dengan tuan-tuan.  Apa   luahan hati MCA terhadap orang Melayu terhadap UMNO.  Dan ini yang   menjadi asas kepada perjuangan MCA, MIC, rakan di dalam Barisan   Nasional.  Dia katakan bahawa...ini dipetik melalui satu pernyataan   sejarah, yang saya perolehi."
Beliau meneruskan, "Tun  Tan Siew Sin  katakan bahawa, orang Melayu menerusi UMNO, bermurah hati  melonggarkan  syarat-syarat dalam undang-undang negara ini, sehinggakan  dalam masa 12  bulan selepas kemerdekaan, 90% penduduk bukan Melayu  telah menjadi warga  negara.  Ini berbeza dengan keadaan sebelum  merdeka, di mana 90%  daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai  rakyat tanah Melayu  walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah  penjajahan.""Sebagai membalas  kemurahan hati Melayu,  MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar  memelihara dan menghormati  kedudukan istimewa orang Melayu dan pada  masa yang sama mempertahankan  kepentingan-kepentingan sah kaum yang  lain.  Ini asas MCA dan MIC."
Kemudian,  beliau menuding jari kepada PR,  "Segala apa yang berlaku pada hari  ini, yang mencabar hak istimewa orang  Malayu datangnya daripada si  pengkhianat-pengkhianat PKR.  Kaki kencing  semua ni."
"Mereka (PR) yang  mencetuskan ketegangan  kaum di negara ini dan mereka yang sepatutnya  kita singkirkan daripada  landasan politik di negara pada hari ini,  tuan-tuan dan puan-puan.   Kita buktikan di Hulu Selangor pada hari ini,  bahawa mereka tidak layak  untuk memimpin."
Memetik  hujah V.Sambathan
"Apa pula  yang dikatakan oleh pemimpin MIC  pula?  Saya berkongsi dengan  tuan-tuan.  Pada 1965, Tun Sambathan, ini  sejarah, kita tak boleh  nafikan.  Ini asas perjuangan MIC pada hari  ini.  Ia katakan bahawa,  saya baca satu persatu..."
"Pada  tahun 1955, kita telah memenangi  pilihan raya dengan majoriti yang  tinggi.  Selanjutnya mendapat  kemerdekaan dalam masa dua tahun  kemudian.  Dalam jangka masa itu, kita  terpaksa berbincang dan  menangani pelbagai perkara termasuk soal  kewarganegaraan.  Persoalannya  di sini, apakah yang dilakukan oleh orang  Melayu, memandangkan kita  bercakap menyentuh perkauman.  Apakah yang  dilakukan oleh  pemimpin-pemimpin Melayu?  Mereka mempunyai 88% daripada  pengundi  penyokong mereka, apakah yang mereka putuskan mengenai isu   kewarganegaraan?"
"Ini, kaum India   bercakap.  Bertanya kepada orang Melayu.  Kemudian dia berkata lagi,   jika kita lihat, di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan   mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon, dan juga tidak akan   diterima di Burma.  Dan lihat saudara kita kaum Cina, mereka tidak   diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan negara-negara lain.  Dan   apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka perolehi di semua   wilayah tersebut?  Di Burma, seperti yang kita semua maklum, kaum India   telah diusir keluar, di Ceylon, mereka tidak diberi taraf   kewarganegaraan seperti juga di Burma."
"Saya tahu dan anda juga tahu.  Dan dalam pada itu, apa yang   sedang berlaku di Malaysia?  Ini diakui oleh India.  Di sini kita   mendapati, pemimpin Melayu berkata, kita akan menerima mereka sebagai   saudara.  Kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan   kehidupan di negara ini.  Kita akan memberi mereka peluang untuk menjadi   warga negara.  Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil   kira kebolehan berbahasa Melayu, ribuan orang India, Cina dan Ceylon   jadi warga negara."
"Seperti yang   saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini.    Di manakah mereka boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan   santun dan tatatertib daripada bangsa Melayu?  Di manakah anda boleh   dapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang?  Di manakah dalam   sejarah dunia, saya bertanya kepada anda, ini adalah fakta.  Siapakah   anda untuk menjaga keselamatan kami?  Saya adalah kalangan 10% kaum   minoriti di sini, tapi saya amat gembira di sini.  Ini kata-kata   pemimpin MIC.  Dan inilah yang menjadi landasan dan asas perjuangan   mereka."
Rusdi mengakhiri ucapannya   dengan keluhan, "Apa yang berlaku selama dua tahun yang lepas, apa yang   berlaku di Selangor ini khususnya, kadang-kadang sedih juga, bila   melihat tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dirampas dengan rakus   oleh jahanam-jahanam di situ.  Tanah tersebut dibangunkan dengan   institusi pengajian, kita memberi peluang pendidikan kepada anak-anak   kita.  Tetapi mereka rampas sewenang-wenangnya, kerana dek, cukai tak   bayar...yang pada asalnya mereka bersetuju untuk memberi pengecualian."
Janjikan bulan dan bintang
Sebelum ucapan diteruskan oleh Ketua   Menteri Sabah, Musa Aman, pengacara ceramah sempat menghangatkan suasana   dengan membacakan manifesto PKR pada PRU ke-12, yang mencakupi janji   potong cukai pintu di Selangor, elaun tadika RM50 setiap orang, elaun   khas untuk ibu tunggal, bantuan kewangan anak muda berkahwin, sewa percuma  sekurang-kurangnya tiga bulan pertama  di premis kerajaan negeri dan  sebagainya, sambil menyelar bahawa  janji-janji tersebut tidak  ditunaikan.
"Ini parti pakatan  rakyat-kah, DAP  kah, PAS tidak laku di Sabah," dakwa Musa Aman,  disambut dengan sorakan,  "Bukan saya nak kata orang Sabah bijak, tetapi  rakyat Sabah tahu  menilaikan mananya parti yang benar dan parti mana  yang bohong?"Sambil mengungkit  dakwaan Anwar Ibrahim  bahawa pertukaran kerajaan persekutuan akan  berlaku pada 16 September  2008, yang tidak direalisasikan akhirnya,  Musa Aman berkata "Kami kata  tunggulah, tunggulah, ini pembohong ni.   Tunggulah 16 September, tidak  ada yang melompat, apa yang melompat,  sekarang dia punya MP-MP (ahli  parlimen), ADUN yang melompat."
Beliau  cuba menyuntik semangat kepada  penyokong BN Selangor, yang kehilangan  kuasa kerajaan negeri Selangor  dalam PRU ke-12, "This is the  starting point (Ini titik  permulaan), menangkan Hulu Selangor ini, the  rest will be history (selainnnya  akan menjadi sejarah).   Percayalah, you menang Hulu Selangor  ini, you akan  menang semua.  Pasal rakyat sudah tahu, rakyat  sudah tahu menilai mana  yang baik mana yang buruk.  Mana yang padi,  mana yang beras, mana yang  intan, mana yang kaca atau batu."
"Parti  pembangkang, atau parti Pakatan  Rakyat ini batu semua ni.  Kitalah  intan berlian yang baik, yang  menunaikan janji," katanya.
Malah,  Musa Aman sempat menyindir PR  sebagai "kelentong sana kelentong sini",  "dia mau janji bulan dan  bintang, apa bulan dan bintang?  Apa pun tak  ada!"
*Lim Hong Siang ialah  Editor MerdekaReview,  edisi  bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment