UMNO menafikan bantuan kepada nenek berusia 70 tahun yang menjaga anak kurang upaya berumur 39 tahun.
Kuantan, April 9- Ellammah yang merupakan seorang warga tua berumur 70 tahun sedang memikul tanggungjawab untuk menjaga anak lelakinya Ganesan yang kurang upaya berumur 39 tahun. Dia sedang mendapat RM300.00 dari badan kebajikan namun wang tersebut tidak mencukupi untuk membeli lampin dewasa serta susu bagi Ganesan. Kos penjagaan Ganesan sendiri melebihi RM350 sebulan. Ellammah kini meminta bantuan orang ramai untuk mengurangkan beban hidup yang ditanggungnya pada usia tua ini.
Komen HRP: Daripada Bajet 2010 yang merangkumi jumlah sebanyak RM191.5 bilion, sebanyak RM48 milion telah diperuntukkan khas untuk program termasuk memberi bantuan kebajikan dan juga bayaran sewa rumah untuk golongan miskin. Tetapi warga emas ini yang mendapat wang kebajikan sebanyak RM300 tidak dapat menampung kehidupan beliau serta anaknya yang kurang upaya kerana anaknya memerlukan rawatan perubatan untuk terus hidup. Malah ibu serta anak ini juga tidak diberi sebuah flat ataupun bayaran sewa daripada peruntukan kerajaan RM48 milion. Sekiranya mereka dibantu dengan bayaran sewa, maka wang kebajikan yang diterima serba sedikit dapat membantu mereka meneruskan kehidupan. Jadi amat jelas bahawa bantuan ini tidak sampai kepada mereka yang amat memerlukan.
Malah Ellammah seharusnya diberi bantuan subsidi kad e-kasih. Ini kerana beliau tidak berupaya untuk bekerja ataupun anaknya Ganesan dibekalkan dengan perubatan percuma. Ini kerana menjadi tanggungjawab kerajaan menjaga kebajikan rakyatnya. Bukan orang ramai yang harus memikul peranan kerajaan dalam membasmi kemiskinan.
Satu Malaysia : Rakyat Didahulukan … ?

No comments:
Post a Comment