Sajak HRP
Kini India Sudah Sedar …
Kini India sudah sedar
kini India telah besar
musuh sebenar bukan Samy
punca sebenar bukan Rajni.
Kini India sudah sedar
kini India tahu benar
musuh kita hanya satu
polisi perkauman yang jitu.
Kini India sudah sedar
kami ada hero sebenar
tidak perlu tunduk lagi
tidak perlu mabuk lagi.
Kini India sudah sedar
perhitungan undi yang wajar
bertahun-tahun India minoriti
bersama cari jalan majoriti.
Kini India sudah sedar
suara India untuk India
undi India untuk India
tiada pembela, tiada sesiapa.
Kini India sudah sedar
tiada lagi jalan keluar
kami bukan rasis
kami mangsa rasisme.
Kini India sudah sedar
kini India mampu gegar
tradisi berdekad-dekad
tradisi mandur mundur.
Kini India sudah sedar
tapi kau buat-buat tak sedar
kau mahu padam api
api yang kau cetus sendiri.
Kini India sudah sedar
HRP ini api sebenar
api ini api di dalam
bukan api di luar
yang kau bisa padam !
CikguParu
Human Rights Party Malaysia
11.04.2010
Bangsar, Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment