Share |

Thursday, 15 April 2010

Reply to Tuntutan buat Kerajaan

BATALKAN SEMUA PARTI POLITIK YANG BUKAN MILIK KAUM BUMIPUTRA DI TANAH MELAYU INI.

( PARTI MEREKA INI AMAT RACIST DAN JIKA MEREKA KOMPONEN SEKALIPUN MEREKA TIDAK MEMBANTU KITA BUMIPUTERA, SEBALIKNYA MEREKA MENUNTUK HAK MILIK KITA KAUM PERIBUMI)

Rebuttal by Shen Yee Aun

Artikel Aminchenor di http://aminchenor.blogspot.com/2009/05/tuntutan-buat-kerajaan-malaysia.html

KEPADA DATUK SERI NAJIB DAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN, SAYA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA, BERAGAMA ISLAM, BERBANGSA MELAYU INGIN MELUAHKAN KEAMARAHAN SAYA INI SEBAGAI BUMIPUTERA DI TANAH MELAYU INI.

TUNTUTAN SAYA TERHADAP KERAJAAN MALAYSIA

1) HAPUSKAN HAK MENGUNDI KAUM BUKAN BUMIPUTRA

(MEREKA SEMEMANGNYA TIDAK LAYAK MENGUNDI DI MALAYSIA INI KERANA MEREKA HANYA MENGUNDI BERASASKAN KAUM SAHAJA.)

Komentar Shen Yee Aun :
Saudara Aminchenor. Pertama sekali kalau hendak hapuskan hak mengundi bukan bumiputera maka adakah saudara mencadangkan supaya perlembagaan kita dihapuskan terlebih dahulu? Hal ini disebabkan hak mengundi semua rakyat Malaysia termaktub dalam perlembagaan.

Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan.
Artikel 119 (1) menyebut bahawa ‘”Tiap-tiap warganegara yang (a) telah mencapai umur dua puluh satu tahun pada tarikh kelayakan; dan (b) bemastautin dalam sesuatu bahagian pilihanraya pada tarikh kelayakan itu atau, jika tidak bermastautin sedemekian, adalah seorang pengundi tak hadir, dan (c) didaftarkan, di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pilihan raya, dalam daftar pemilih sebagai pemilih dalam bahagian pilihan raya tempat dia bermastautin pada tarikh kelayakan; berhak mengundi….”

Bagaimana Aminchenor hendak menjadi seorang pejuang Melayu yang tulen jika kesalahan bahasa Melayu yang begitu asas pun tidak dikuasai dengan baik?

Perkataan hapus adalah kata dasar yang perlu ada kata kerja untuk menjadi sesuatu perkataan yang bersifat kata kerja. Anda sepatutnya menyatakan bahawa “Menghapuskan Hak Mengundi Kaum Bukan Bumiputera” .


2) BATALKAN SEMUA PARTI POLITIK YANG BUKAN MILIK KAUM BUMIPUTRA DI TANAH MELAYU INI.

( PARTI MEREKA INI AMAT RACIST DAN JIKA MEREKA KOMPONEN SEKALIPUN MEREKA TIDAK MEMBANTU KITA BUMIPUTERA, SEBALIKNYA MEREKA MENUNTUK HAK MILIK KITA KAUM PERIBUMI)

Komentar Shen Yee Aun :
Jika hendak membatalkan semua parti politik bukan milik kaum Bumiputera di Tanah Melayu maka anda perlu terlebih dahulu hapuskan 3 perkara dalam rukun negara kita iaitu perkara 3 ,4 dan 5.

Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Hak berparti dan berpersatuan termaktub dalam perniagaan dan undang-undang. Jika hendak menghapuskan kehuluran dan daulatnya boleh. Keadaan ini juga menandakan penghapusan Rukun Negara kita merupakan satu tindakan yang tidak bersopan.

Kesalahan bahasa Melayu yang ketara sekali lagi berlaku. Pertama anda seharusnya menggunakan perkataan Membatalkan. Kata kerja mem perlu mendasari kata dasar batal baharu boleh menjadi kata kerja. Kedua anda tidak perlu menggunakan perkataan yang mendepani bukan milik kaum Bumiputera. Ayat anda seharusnya "Membatalkan semua parti poltik bukan milik kaum bumiputera di Tanah Melayu".

Parti mereka tidak sepatutnya ada perkataan ini. Hanya parti mereka ini amat perkauman dan bukannya menggunakan perkataan racist (bahasa Inggeris). Ayat yang sepatutnya ialah "Parti mereka akan bersifat perkauman dan jika parti komponen yang seiring dengan parti Bumiputera sekalipun mereka tidak akan membantu Bumiputera. Sebaliknya mereka menuntut hak milik Bumiputera yang merupakan kaum Peribumi".

Janganlah jadi perosak bahasa!


3) KEMBALIKAN SEMULA HAK-HAK MELAYU YANG TELAH DILIBRALISASIKAN BULAN LEPAS.

Komentar Shen Yee Aun :
Saudara Aminchenor. Kesemua hak anda bukannya dirampas oleh kaum bukan Bumiputera. Perdana Menteri, pemimpin dan kerajaan Melayu dan Bumiputera yang meliberalisasikan hak-hak tersebut. Adakah saudara juga hendak menghapuskan Perdana Menteri Melayu kesayangan anda yang meliberalisasikan hak anda?

Sepatutnya perkataan mengembalikan dan diliberalisasikan. Bukannya diBRAlisasikan. Janganlah sampai nak menulis pun terfikir tentang “bra”.


4) RUNTUHKAN PATUNG DEWA HINDU BERDIRI DI BATU CAVES DAN PATUNG BUDDHA DUDUK DI TUMPAT KELANTAN.

Komentar Shen Yee Aun
(INI MERUPAKAN PEKARA YANG TERPENTING!!! BAGAIMANA KITA MALAYSIA INI YANG MANA SEBUAH NEGARA ISLAM DAN AGAMA PERSEKUTUANYA ISLAM TELAH MEMBINA PATUNG-PATUNG YANG BEGITU TINGGI SEHINGGAKAN LEBIH TINGGI DARI KUBAH MASJID!!! )

Islam tidak meletakkan ketertinggian secara fizikal tetapi diukur melalui ketakwaan seseorang. Kedua perlembagaan pertama di dunia iaitu Piagam Madinah juga mempertahankan hak bukan Islam untuk beragama. Ketiga Islam melarang umat-umatnya merosakkan harta benda.

Tuhanmu yang Maha Esa lagi Pengasih pernah berfirman :
“Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat”. [Al-Hujurat(49):10]

Tuhanmu yang Maha Hebat lagi Bijak juga pernah berfirman :
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. [Al-Hujurat(49):11]

Tuhanmu yang Maha Besar pernah berfiman :
“Dan janganlah kamu caci benda yang mereka sembah selain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.” (Surah Al-An’aam ayat 108)

Tuhanmu yang sebenar-benarnya Maha PERKASA pernah berfirman :
“Barangsiapa menyakiti orang bukan Islam yang berada di bawah perlindungan Islam, maka ia telah menyakiti saya, dan barangsiapa yang menyakiti saya, maka ia telah menyakiti Tuhan”. (Riwayat Abu Daud)


TUNTUTAN INI BUKAN MERUPAKAN SUATU YANG RACIST, SEBALIKNYA IANYA MERUPAKAN LUAHAN KAMI YANG BERADA DI BAWAH INI. KAUM BANGSA PENDATANG YANG LAIN TIDAK AKAN BERKOMPROMI DENGAN KERAJAAN YANG ADA SEKARANG INI. MEREKA AKAN MENUNTUT HAK YANG ADA PADA BUMIPUTERA!!!

DAN KAMI MINTA SEBELUM TERJADI APA-APA MAKA PERMINTAAN YANG EMPAT NI DITUNAIKAN KERAJAAN MALAYSIA.

SEKALI LAGI SAYA MENYAMPAIKAN
AMARAN KEPADA KERAJAAN MALAYSIA!!!

BAHAWA MEREKA KAUM PENDATANG INI TIDAK AKAN MENYOKONG BUMIPUTERA!!! MEREKA AKAN MENYOKONG PUAK MEREKA SAHAJA!!! MEREKA AKAN MENINDAS BUMIPUTERA SECARA HALUS DAN SULIT!!! SEHINGGAKAN PERJUANGAN KOMUNIS YANG MEMBUNUH UMAT ISLAM DAN MELAYU JUGA MEREKA PERJUANGAKN, APATAH LAGI SELEPAS INI!!!

Komentar Shen Yee Aun :
Kamu tulis silap ke tidak? Melayu juga mereka perjuangankan atau kamu sebenarnya hendak menulis Melayu juga mereka perangi? Kamu ini sayang akan bahasa Melayu atau tidak? Mengapa ada perkataan perkauman tidak mahu guna tetapi sebaliknya menggunakan perkataan racist?

Anda sebenarnya mencadangkan untuk menghapuskan Perlembagaan Negara, Rukun Negara dan Perdana Menteri Melayu 6. Anda juga mencadangkan supaya umat Islam lari daripada tuntutan dan suruhan Al-Quran dan Hadis.

Artikel yang perlu anda baca untuk menerangi minda dan jiwamu

Saudaraku Ibrahim Ali – Shen Yee Aun http://shenyeeaun.disagrees.net/?p=669
Menentang Hak Keistimewaan Orang Melayu atau Menentang Pelaksana dan Perlaksanaan Hak Keistimewaan Orang Melayu? – Shen Yee Aun
http://www.malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=31118:menentang-hak-keistimewaan-orang-melayu-atau-menentang-pelaksana-dan-perlaksanaan-hak-keistimewaan-orang-melayu&catid=18:letterssurat&Itemid=100129

No comments: